.::THE STRUGGLE AND INTIFADHA' WAITS FOR NO MAN; AS WE ARE THE GENERATION THAT SEARCHED, TRIED AND APPRECIATES WHAT COMES IN LIFE FOR BEING TRUE MUSLIM::.
Photobucket

Tuesday, March 17, 2009

BAPA EKONOMI ISLAM

>>Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa ekonomi islam ialah IBNI TAMIYAH(1262-1328 Masehi)dan IBN KHALDUN(1332-1406 Masehi).IBN TAMIYAH yan berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan perdagangannya mengenai harga setara,pasaran sempurna,kawalan harga ,monopoli,penyorokan dan spekulasi.Manakala IBNU KHALDUN pula didalam kitabnya,yang terkenal iaitu" MUKADDIMAH IBN KHALDUN",menyentuh banyak pekara ekonomi seperti nilai.buruh.sistem harga,hukum permintaan dan penawaran,penggunaan dan pengeluaran.wang ,modal,kewangan negara,dll.Beliau yang berasal daripada Haramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dangan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului ADAM SMITH sejak dengan jarak waktu 400 tahun.

>>Walaubagaimanapun momentum perkembangan ilmu ekonomi islam ini mengalami kemerosotan bersama dengan zaman kejatuhan islam yang berlaku di sekitar kurun ke13 masihi.Inilah zaman kegelapan islam dimana masala politik dan sosial dikalagan umat islam telah menjadi kucar kacir sehingga membantutkan istitusi keilmuan.Para ilmuan tidak mampu lagi mengkaji dan berijtihad.Ilmu Ekonomi islam yang disasakan oleh IBN TAMIYAH dan IBN KHALDUN dan yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam kitab-kitab kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka.(2).


>>Selepas dari tempoh ini penumpuan ilmu beralih ke barat,Lahirlah tokoh2 ilmu ekonomi Barat sperti ADAM SMITH (1723-1790),David Ricardo (1771-1823).J.S MILLS(1806-1873)IRVING FISHER (1867-1947),JOHN MAYNARD KEYNES(1883-1946), dan lain-lain.Cendiakawan dari negara islam pla menghala ke barat untuk menuntut ilmu yang kemudiannya diterapkan amalannya di negara masing-masing.Zaman kejatuhan kegemilangan islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa barat keatas negara-negara islam.Maka dengan strategi serampang dua mata ini,iaitu melalui penjajahan politk dan penjajahan ilmu,boleh dikatakan kesemua negara islam kini mengamalkan sistem pemerintahan dan sistem ekonomi barat yang dikatakan sekular itu.


>>Natijah daripada sejarah perkembangan ilmuyang terbantut itu,persoalan yang di hadapi kita ialah,APA DIA DAN DIMANA DIA EKONOMI ISLAM?Adakah sistem ekonomi barat sesuai diamalkan oleh umat islam,negara dan masyarakat islam dengan pengubahsuaian yang sewajarnya(proses islamisasi)?Atau adakah Ekonomi islam itu merupakan satu bindang ilmu yang sama sekali berlainana daripada barat sehingga kan tidak mungkin ianya diubahsuai daripada acuan ekonomi konvesional?Pendekatan kedua ini kurang praktikal kerana adanya tempoh beku dalam ekonomi islam selepas zaman IBN KHALDUN.Pendekatan pertama lebih mudah dan lebih pratikel memandang kepada daripada kemantapan dari segi teori dan amalan ekonomi konvesional.Para ilmuan islam boleh mengunakan ekonomi konvesiaonal sebagai titik tolak dan membuat penyaringan untuk mengambil perkara yang dibenarkan oleh islam,mengubasuai perkara yang tidak sesuai dan menolak yang jelas tidak di benarkan.


--------------------------------------------

1-Surtahaman K.H dan Sanep Ahmad ,Ekonomi islam ,Dasar dan Amalan ,DBP,2005 xx-xxi
2-Op.cit,halaman xxiii.
3-UST SERI NAHABAH (M.A AMERICAN OPEN UNIVERSITI)
4-MOHD KHAIRUL NAIM BIN SAMERI (UNIVERSITI AL-AZHAR AS-SYARIF) Baca Selanjutnya...