.::THE STRUGGLE AND INTIFADHA' WAITS FOR NO MAN; AS WE ARE THE GENERATION THAT SEARCHED, TRIED AND APPRECIATES WHAT COMES IN LIFE FOR BEING TRUE MUSLIM::.

Thursday, August 26, 2010

KAJIAN MENGAPA YAHUDI BIJAK OLEH : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.



Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.



Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.



Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.



Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.



Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)



Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.



Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.



Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.



Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.



Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!







pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
sbg bukti islam semakin lemah.
xkira dari pucuk pimpinan hingga ke orang bwahan







Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.



Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!





Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.



Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.



Penulis :

Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.



(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)













Baca Selanjutnya...

Monday, August 23, 2010

TAHNIAH PADA SAHABAT-SAHABAT YANG TELAH BERJAYA..SELAMAT BERKONVO..


Baca Selanjutnya...

Friday, August 20, 2010

SESIAPA YANG MASIH BELUM MASUK KONVOKESYEN MASIH BERPELUANG UNTUK TAHUN INI


Baca Selanjutnya...

Thursday, June 10, 2010

Meminta Izin Dan Adab-adab Kesopanannya

Allah Ta'ala berfirman:
"Hai sekaiian orang-orang yang beriman, janganlah engkau semua memasuki rumah yang bukan rumahmu sendiri, sehingga engkau semua meminta izin dan mengucapkan salam kepada ahli rumah itu - yakni orang-orang yang ada di dalamnya."(an-Nur: 27)

Allah Ta'ala juga berfirman:
Jikalau anak-anakmu itu telah sampai ke umur dewasa, maka hendaklah mereka meminta izin -jikalau hendak masuk ke tempat-mu-sebagaimana meminta izinnya orang-orang yang dahulu tadi -yakni sebagaimana orang-orang dewasa yang Iain-Iain." (an-Nur: 59)
867. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Meminta izin itu sebanyak tiga kali saja. Maka jikalau diizinkan untukmu - maka masuklah - dan jikalau tidak - yakni meminta izin sampai tiga kali tetapi tidak ada jawaban, maka kembalilah." (Muttafaq 'alaih)
Baca Selanjutnya...

Tuesday, June 8, 2010

DAH LAMA TAK UPDATE BLOG NI

Assalamualaikum....bismillah walhamdulilah..asyukuru laka alallah. wa ala nikmatal iman ,wa ihsan..alhamdulilah ,pertamatamanya dan selama lamanya, marilah sekali lagi kita merafaqkan lafaz rasa syukur yang tidak terhingga kerana pada saat dan ketika ini kita semua masih berpeluang menghidu udara allah swt dan meneruskan agenda kehidupan sperti sedia kala...tertarik dengan mafhum firman tuhan yang berbunyi..:-setiap yang bernyawa pasti akan mati ,benarlah firman tuhan allah yang maha agung,sdar tidak sedar kini sudah sampai ke petegahan tahun,tahun 2009 1430 hijrah baru sahaja kita tinggalkan ,kini sedar sudah kita sedang berada di pertenghan tahun 2010,aduh cepat benar masa itu berlalu ..

Tuhan Allah berfirman lagi yang membawa maksud :-demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian..KECUALI ..orang-orang yang beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan KEBENARAN dan berpesan-pesan dengan KESABARAN...BENAR LAGI FIRMAN TUHAN ALLAH YANG MAHA AGUNG ..Mengapa saya katakan dengan Tuhan ALLAH,kerana tidak lain dan bukan TUHAN itu hanyalah ALLAH SWT sahaja..kerana IA YAKNI ALLAH tidak beranak dan IA pula tidak pi peranakan..dan tidak ada sesiapa yang SETARA denganNya..

Sudah lama rasanya tak mengadap blog nie..kalu bilik jika tak di gunakan sebegini lama munkin dan bersawang dengan mahkluk-mahkluk asing yang tidak di undang...maka cukup lah rasanya setakat ini sebagai pembuka dan penerus agenda untuk menghidupkan halaman ini moga dapat kita manfaatkan bersama di masa kini dan di masa hadapan...Jazakallahu khair diatsa kesudia anda mengunjungi halaman ini yang baik itu datang dari TUHAN ALLAH YANG MAHA AGUNG dan yang lemah itu datang di atas kelemahan diri..walaubagaimana pun ianya juga datang dari ALLAH dan di sandarkan di atas diri saya..moga apa yang baik ambik lah untuk di kongsikan bersama...yang kurang dan lemah jadikan lah ia sebagai pengajaran dan sama-samalah kita saling berpesan pesan dengan Kebaikan...wasalamualaikum warahmatullah..ILAL LIQA' WA MAASALAMAH..
Baca Selanjutnya...

Wednesday, December 16, 2009

Sabtu 16 Januari 2009 bermula peperiksaan semester pertama Universiti Al-Azhar MESIR

December 10, 2009 Dr Ahmed Tayeb, Rektor Universiti Al-Azhar mengumumkan bahawa tarikh peperiksaan semester pertama bermula hari Sabtu 16 Januari 2010. Tarikh ini melibatkan kampus induk dan cawangan.Beliau juga turut mengumumkan tarikh cuti antara semester bermula 6 hingga 18 Februari iaitu 2 minggu selepas tamat peperiksaan tersebut.




Baca Selanjutnya...

Monday, October 12, 2009

NILAI SEORANG SAHABAT

Assalamualaikum wbt….
Alhamdulilah syukur ke hadrat tuhan pencipta alam langit dan bumi,pertama-tamanya dan selam lamanya marilah kita merafaq dan memanjatkn rasa syukur yang tidak terhingga di atas nikmat kesihatan ,iman dan islam yang telah di anugerahkan olehNya.. Selawat dan salam kepada nabi junjungan kita Muhammad SAW,sterusnya ahli-ahli keluarga banginda, para sahabat dan tabi’ wa tabi’in muslimin dan muslimat yang di rahamti allah sekalian.. Mafhum firman allah yeng bermaksud ”sesunguhnya orang-orang mukmin itu adalah bersaudara” ,kalam baginda yang di rakamkan dalam hadith bermaksud “tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga mana ia tidak mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri” kedua dua dalil ini tidak lain dan bukan ingin menyampaikan kepeda kita bertama penting nya akan sebuah ikatan persaudraan sesama insan ..

Rasa syukur yang tidak terhingga,dan tidak akn puas untuk menikmatinya.subhanallah maha suci allah yang telah menganugrahkn pd hamba yang lemah dan dhoif ini seorang sahabat seperjuangan yang sama2 bersusah payah mengaharungi onak dan duri sebagai seoarang penuntut ilmu itulah dia hanip nama yang di beri...sepajang musim cuti dialah sahabat yang menjadi pendorong dan pemankin semangat tatkala di landa (futhur)lemah, peribadi yang baik, penampilan yang sederhana membuat kn semua orang mudah masuk dengannya..


munkin allah telah memilih aku dengan nya untuk berjuang menagih dan meraih ilmu2 di atas muka bumi ini, sidang pembaca yang di rahmati allah sekalian pentingnya hidup bermasyarakat dan berukhwah sesama kita, tanpa kawan2 siapalah yang akn menegur kita dikala kehanyutan dan keseronokan....syukur memang syukur ,sudah menjadi lumrah alam,tiap pertemuan pasti ada pengakhiran...tahniah sahabat ,perjuanganmu dah tiba ke penghujungnya,balik lah dengan rsa syukur ,dan limpah kan lah kembali ilmu yang telah di gali di bumi mesir ini,akan aku teruskan warisan perjuangan ini walaupun di takdirkan seoarang diri,..jutaan terima kasih di atas tunjuk ajar yang pernah di beri,,...moga allah membalas tiap semangat dan jasamu..

saat di kala keletihan pulang dari klas DR YUSRI,tak akan di lupa kan..hidangan istimewa sewaktu saban hari kita kelaparan telur berkuahkn solso menjadi rutin harian kita, tak akan di lupakan juga,walaupun rasa mual yang tak terhingga sewaktu menikmati makanan tersebut ,tp alhamdulilah kita masih lagi di limpahkn rezeki masa tu,jangan lupa sahabt,pulang nati ke tanah air bila aku ajak makan benda yang sama lagi di malaysia jangan lah rasa jemu ..kerana itulah sumber tenaga kita sewaktu kita dilanda keletiahan...sedih ,sebab lepas ni terpaksa masak dan makan sorang2..hihih...(lawak je tu) tapi aku gembira kerana pernah di anugarahkn seorg sahabat yang cintakan ilmu ...untuk akhirnya selamat pulang ke tanah air dan selamat berjuang ...dah ready n buat nasi minyak jemput2lah ok...

MORAL PADA KALI INI

1.Hidup di bumi orang sahabatlah sebagai alhi keluarga
2.Hargailah nilai sebuah persahabatan di waktu susah dan senang
3.Berjuanglah menuntut ilmu allah selagi masih di beri kesempatan
4.Doakan lah sahahabat2 kita moga kita semua berjaya di dunia dana akhirat
5.tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga mana ia tidak mengasihi saudaranya sepertimana ia mengasihi dirinya sendiri



Baca Selanjutnya...

Wednesday, October 7, 2009

TERIMA KASIH BONDA

Assalamualaikum..alhmdulilah ,syukur masih diberi kenikmatan dan kemanisan dalam iman dan islam, sudah lama tak beraksi di ruangan blog ni,dah makin jangal rasanya...apa2pun syukran pd sahabat2 dan adik2 yang tak pernah jemu memberi komen yang membina pada ana....

sedikit sedutan ingin di kongsikan bersama,sedar tak sedar dah nak masuk bln 10 rasa mcm baru je lpas exam,tak lama lagi sesi 2009/2010 akan di buka ,bermula lah kembali lembaran kehidupan sebagai seorang azhari sepenuh masa..hakikatnya kalau cuti pun dah memang ada tangungjawab sebagai azhari ..cuma bila dibelengu dengan pelbagai penyakit kronik jangkit berjangkit (h2n2) di kalangan pelajar yang menyebabkan tak sedar diri ini adalah seorang azhari spenuh masa...berkaitan dengan tajuk entry kali ini, ana nak kongsikan bertapa hebat seorang ibu dalam menjalankn amanah allah,...munkin kita tak pernah terfikir bagaimana seorang ibu menjalankan tangungjawabnya,ana pernah cuba buat tugasan seperti seorang ibu sepnuh masa suatu ketika dahulu..akibatnya demam seminggu ...tak suasah pun masa time masak ..kita masak ..masa time membasuh ,kita membasuh ..masa time mengemas kita mengemas...tapi tak leh tahan lama ...terus tumbang...yang pasti meraka adalah aset agama dan perjuang dalam menegakkan kalimah la ilaha illallah...

sebenarya tak tahu mcm mana nak cuba mula kan entry kali ini ,demam raya masih lagi membelenggu ,hakikatnya nak ucapkan terima kasih pada mak di kampung yang amat memahami hati kecil anaknya ini,kadang2 terfikir mengapa mesti malu dengan mak sendiri,sikap ni kebanyakan nya ada pada anak lelaki biasanya ,contohnya ana la....tapi tidak lah semua bukan ,malu pada bukan tempatnya,tapi yang pasti hari ini sejarah dalam hidupku,dapat juga aku menyampaikn sesuatu pada ibu ,yang pada asalnya aku sangkakan tidak mendapat sambuatan.tapi alhamdulilah berkat kesabaran dan keberanian serta sikap malu pada ibu sndri yang tak bertnpat ini dapat di atasi maka segal2nya tercapai..

rasanya tak perlu lah menceritakan semauanya disini..biarlah antara aku dan maha esa yang mengetahui,setelah menceritakn segala2nya pda mak,alhamdulilah mak adalah super heroin yang pertama memberi sokongan dan dorongan ,setelah mengetahuinya...kalau lah mak blh buka blog ni tentu mak akn tersenyum lebar bila tgok ank dia yang sorg ni hebahkn ttng kehebatan bonda yang tersayang nun di sana.i;allah mak ..rindu ini akan berakhir tak lama lagi..nantikan lah kepulangan anakmu dijanuari ini...

Munkin cerita ini tidak menarik bagi anda semua ,tapi apa yang pastinya ambilah moral yang anda rasa baik ,sekurang2nya tak sia2 anda membaca:-

1.Berbuat baiklah kepada ibu bapa
2.Cubalah hayati tugas seorang ibu dan bapa,kerana kita juga akan melaluinya nanti
3.Bawa lah berbicang dalam semua perkara dengan ibu bapa,janganlah buat keputusan sendiri atau membelakangi meraka,
4.Bagi anak lelaki jangan rasa malu untuk berbincang perkara yang di angap kecil bagi kita ,tapi bagi mereka belum tentu lagi
5.Jadikan lah mereka sebagaii idola terdekat kita
6.Kasih lah kepada semua mahkluk di atas muka bumi ini dalam apa jua cara pun.




Baca Selanjutnya...

Saturday, September 12, 2009

BILAKAH JATUHNYA DAN APAKAH ALAMATNYA (LAILATUL QADR)

Soal 1: Malam Lailatul Qodar itu jatuh pada hari ke berapa?

Jawab: Di dalam Al-Qur’an tidak diterangkan pada malam ke berapa malam Lailatul Qodar itu jatuh, tetapi di dalam hadits diterangkan bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Lailatul Qodar, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang artinya):

“Sesungguhnya malam Lailatul Qodar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Beliau melihatnya dan beliau sujud di waktu shubuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi shallallahu alaihi wa sallam terbuat dari anjang-anjang. Beliau menjalankan sholat subuh bersama para sahabatnya kemudian beliau sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.” (HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari shohabat Abu Sa’id Al-Khudri).

Hadits di atas menunjukkan bahwa malam Lailatul-Qodar pada saat itu jatuh pada malam yang ke-21. Sedangkan para sahabat RasulullAh melihat dalam mimpi mereka bahwa malam Lailatul-Qodar jatuh pada malam ke 27. (HR. Bukhori no.2015, Muslim no.1165 dari shohabat Abdulloh bin ‘Umar ).

para ulama tentang jatuhnya malam Lailatul-Qodar pada 10 hari terakhir adalah berpindah-pindah pada setiap tahunnya, terkadang pada tahun ini jatuh pada malam yang ke 21, kemudian pada tahun berikutnya jatuh pada malam yang ke 29, 25 atau 24.

dapun hikmah berpindah-pindahnya malam Lailatul-Qodar supaya orang-orang yang malas menjalankan ibadah, mereka bersemangat untuk menjalankan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Romadlon. Hikmah yang lainnya juga yaitu agar menambah amal shalih seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah. (Syaikh Utsaimin)

Soal 2 : Apa alamat/tanda malam Lailatul-Qodar?

Jawab: Lailatul-Qodar mempunyai beberapa alamat/tanda, baik secara langsung (yaitu pada malamnya) maupun setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya).

Adapun alamat secara langsung (yaitu pada malamnya) di antaranya:.......



1) Sinar cahaya sangat kuat pada malam Lailatul-Qodar dibandingkan dengan malam-malam yang lainnya. Tanda ini pada zaman sekarang hanya bisa dirasakan oleh mereka yang tinggal ditempat yang jauh dari sinar listrik atau sejenisnya.

2) Bertambah kuatnya cahaya pada malam itu.

3) Thuma’ninah. Yaitu ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman lebih kuat dari malam-malam yang yang lainnya.

4) Angin dalam keadaan tenang pada malam Lailatul-Qodar, tidak berhembus kencang (tidak ada badai) dan tidak ada guntur. Hal ini berdasarkan hadits dari shohabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rosululloh bersabda (yang artinya): “Sesungguhnya Aku melihat Lailatul-Qodar kemudian dilupakannya, Lailatul-Qodar turun pada 10 akhir (bulan Romadlon) yaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”. (HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan dishohihkan oleh keduanya).

Kemudian hadits dari shohabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rosululloh bersabda (yang artinya) “Sesungguhnya alamat Lailatul-Qodar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaithon keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqoh)

5. Terkadang Alloh memperlihatkan malam Lailatul-Qodar kepada seseorang dalam mimpinya. Sebagaimana hal ini terjadi pada diri para shahabat Rosululloh .

6. Kenikmatan beribadah dirasakan oleh seseorang pada malam Lailatul-Qodar lebih tinggi dari malam-malam yang lainnya.

Adapun alamat setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya) di antaranya: Matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tidak tersebar sinarnya dan tidak menyilaukan, berbeda dengan hari-hari biasanya. Hal ini berdasarkan hadits dari shohabat Ubay bin Ka’ab yang mengatakan: “Sesungguhnya Rosululloh mengkabarkan kepada kami: “Sesungguhnya Matahari terbit pada hari itu dalam keaadaan tidak tersebar sinarnya”. (HR. Muslim no.762, 2/828)

Adapun alamat yang menyebutkan bahwa tidak ada atau sedikit gonggongan anjing pada malam Lailatul-Qodar adalah tidak benar, karena terkadang dijumpai pada 10 malam terakhir di bulan Romadlon anjing dalam keadaan menyalak/menggonggong. (Syaikh Utsaimin)

(Diterjemahkan oleh Al Ustadz Abu ‘Isa Nurwahid dari Fataawa Lajnah ad Da’imah, Syarhul Mumthi’ Ibnu Utsaimin, Fataawa wa Rasaail Ibnu Utsaimin, dan Majmu’Fataawa Syaikh Shalih Fauzan)

Baca Selanjutnya...

MENGHAYATI LAILATUL QADR

Bulan Ramadan merupakan satu bulan yang penuh keberkatan di mana ALLAH S.W.T. meluaskan rahmat-NYA agar menaungi seluruh hamba-hamba-NYA yang tekun beribadah dan taat kepada-NYA dengan memberi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, Kitab al-Shiyam, hadis no: 1079.Pada bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih mulia berbanding 1000 bulan, iaitu lailatulqadar. Padanyalah diturunkan al-Qur’an yang dijadikan panduan bagi seluruh umat Islam. Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatulqadar ialah malam yang paling baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar.” – Surah al-Qadr: 1-5.

Oleh itu, sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadan dan menepati malam lailatulqadar, ganjaran pahala amalannya itu melebihi ibadah yang dilakukannya selama 1000 bulan.

Apakah itu Lailatulqadar?

Tentang makna al-Qadr, sebahagian ulama berpendapat ia bermaksud pengagungan. Dari sini dapat kita fahami bahawa lailatulqadar bermaksud malam yang memiliki keagungan kerana diturunkan al-Quran pada malam tersebut, turunnya para malaikat, melimpahnya rahmat dan keampunan ALLAH serta ALLAH akan menganugerahkan keagungan (kemuliaan) kepada mereka yang beribadah pada malam itu.

Al-Qadr juga bermaksud penetapan. Oleh itu, lailatulqadar juga bermaksud malam penetapan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya. Ini jelas bertentangan dengan tanggapan kebanyakan umat Islam di Malaysia yang beranggapan bahawa malam Nisfu Sya’ban merupakan malam di mana ALLAH menetapkan apa yang ditakdirkan untuk kita pada tahun berikutnya. Mereka berhujah dengan Firman ALLAH S.W.T:

“Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba KAMI tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku.” – Surah al-Dukhan: 3-4.

Bilakah Berlakunya Lalitaulqadar?

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2017.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Carilah (lailatulqadar) pada sepuluh malam terakhir. Jika seseorang kamu lemah atau tidak mampu, janganlah dia kalah (putus asa) mencarinya pada baki tujuh malam terakhir.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1165.

Kombinasi dari kedua-dua hadis di atas dapatlah kita simpulkan bahawa kita sepatutnya menggandakan ibadah pada malam yang ganjil bermula sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadan terutamanya pada malam ke 23, 25, 27 dan 29. Namun demikian Rasulullah s.a.w. apabila tiba sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadan, baginda akan menggandakan ibadah baginda maka amalan sebeginilah yang afdal untuk diamalkan kita semua. Baginda bersungguh-sungguh merebut peluang untuk melakukan ibadah sambil beriktikaf di masjid. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h:

“Dari segi bahasa, iktikaf bermaksud membatasi diri pada sesuatu. Sedangkan menurut pengertian syarak, ia bermaskud individu tertentu menetap di dalam masjid dengan cara khusus (menepati sunnah).” – Al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Fath al-Bari, jil. 11, ms. 538.

Ketika beriktikaf, umat Islam dianjurkan memperbanyakkan ibadah sunat seperti solat, berdoa, berzikir, membaca al-Quran, berselawat ke atas Nabi s.a.w, mempelajari ilmu-ilmu agama dan lain-lain amalan yang soleh.

Aisyah r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh beribadah pada sepuluh hari terakhir (bulan Ramadan) yang tidak pernah dilakukannya pada waktu yang lain.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.

“Sesungguhnya Nabi s.a.w biasa melakukan iktikaf pada sepuluh yang terakhir di bulan Ramadani sehingga ALLAH mewafatkan baginda.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih nya, no: 2026.

Aisyah r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w bersungguh-sungguh melakukan ibadah pada sepuluh hari terakhir yang tidak pernah dilakukannya pada waktu lain.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1174.

Doa yang amat dianjurkan dibaca pada malam lailatulqadar selepas membaca tasyahhud adalah sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a:

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membaca pada solat witirnya (selepas tahiyat):

“Ya ALLAH! Sesungguhnya AKU berlindung dengan keredhaan-MU daripada segala kemurkaan-MU. AKU juga berlindung dengan kemaafan-MU daripada segala balasan yang bakal ditimpakan. AKU juga berlindung dengan Zat-MU yang tidak terhitung segala nimat dan belas kasihan yang telah ENGKAU berikan, kami hanya mampu berusaha memuji-MU seperti mana pujian yang layak bagi Zat-MU.” – Hadis sahih riwayat al-Tirmizi, al-Nasaai, Abu Daud, Ahmad dan selainnya.

Selain dari itu, dianjurkan kan juga untuk berdoa sebagaimana dikhabarkan dari ‘Aishah r.a dia berkata:

Ya Rasulullah, apa pendapatmu apabila aku mendapati salah satu malam daripada Lailatul Qadar, apakah yang sepatutnya aku ucapkan. Rasulullah menjawab:
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihi untuk mengampun, maka ampunilah aku. - Hadis riwayat Imam Ibnu Majah di dalam Sunannya, no: 3840

“Sesiapa solat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” – Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Sahihnya, no: 759.


Baca Selanjutnya...

PEMBAYARAAN ZAKAT SECARA SMS

Masyarakat Islam Malaysia kini boleh membayar zakat fitrah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), yang pertama seumpamanya di negara ini. Inisiatif ini dilaksana oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) hasil kerjasama dengan Celcom.

Kemudahan ini hanya terbuka kepada pelanggan pra bayar dan pasca bayar Celcom sahaja dan ianya percuma iaitu tiada sebarang caj bagi setiap sms yang dihantar dan diterima.

Pembayaran zakat fitrah menerusi sistem ini telah mendapat kelulusan daripada Majlis Fatwa Negeri Selangor. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan Celcom hanya perlu menaip ‘fitrah selangor’ dan hantar ke 21999 diikuti arahan seterusnya.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah, sempena majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Pada majlis yang sama seramai 100 orang fakir miskin turut menerima bantuan hari raya daripada LZS. Baca Selanjutnya...