.::THE STRUGGLE AND INTIFADHA' WAITS FOR NO MAN; AS WE ARE THE GENERATION THAT SEARCHED, TRIED AND APPRECIATES WHAT COMES IN LIFE FOR BEING TRUE MUSLIM::.
Photobucket

Saturday, July 11, 2009

ANAK AMANAH ALLAH

Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan memelihara mereka baik mengikut landasan Islam. Ibubapa mesti bertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah kelak. Dalam rangka memelihara amanah Allah itu, ibubapa adalah diwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama. Tegasnya mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya (bukan setakat pendidikan untuk UPSR, PMR atau SPM), Sebaaliknya ibubapa yang melalalikan tugas amanah ini adalah berdosa.
Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." Setiap anak yang dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau sebaliknya. Sabda Nabi saw:
"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau majusi."

>>Hadith tersebut menunjukkan kepada kita betapa beratnya tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anaknya. Kesalahan kita mendidiklah maka anak-anak sekarang menjadi tak keruan hidupnya dengan pelbagai masalah sosial seperti bohsia, bohjan dan aktiviti lepak yang semakin menjadi. Sungguh malang seribu kali malang, sudahlah ibubapa tidak memberi didikan agama kepada mereka, ibu bapa sendiri tidak berpengetahuan agama dan paling dahsyat lagi, mereka asyik mengumpul dan terpengaruh dengan pujukan dunia. Menjadi korporat adalah satu lagi keparat (maaf -bukan semua). Oleh kerana hendakkan kemewahan yang berlipat ganda terabai tugassebagai bapa dan suami. Anak maharajalela dan isteri pula main kayu tiga
>>Berapa banyak hari ini anak-anak yang tidak tahu membaca Al-Quran. Tidak tahu
sembahyang bahkan Fatihah pun tak boleh baca, jauh sekali dari menghafalnya. Masya'Allah ada yang tak tahu menyebut syahadah walaupun dah baligh. Inikah wawasan kita membangunkan kemanusiaan anak-anak. Akibatnya kebanyakan anak-anak hari ini terdiri daripada mereka yang hanya pandai berpoya-poya, pandai menyakitkan hati dan meracuni jiwa serta menderhakai kepada orang-orang tuanya. Akhirnya bila sampai tahap, mereka akan menjadi anak yang liar. Ibu bapa seolah-olah memelihara anak-anak haiwan sama seperti anak rimau, kucing atau ayam. Betapa tidak haiwan tak sembahyang samalah seperti anak-anak itu. Bahkan haiwan lebih baik sebab tidak diberikan akal. Ketika ini baru ibubapa mengeluh bukan menyalahkan dirinya tetapi salahkan anak-anak dan paling teruk menyalahkan orang lain. Sebenarnya semua ini berpunca daripada ibubapa yang tidak mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak-anak
.
Ibubapa mesti mengambil berat tentang soal pemakanan anak-anak. Bukan
diperhatikan tentang khasiat vitamin makanan itu saja tetapi pastikan kehalalannya.
Adakah ia dari sumber yang halal atau haram. Ini penting kerana mengikut Nabi 'daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka neraka lebih utama untuknya'. Sekarang ini perkara seperti ini jarang diberikan penekanan tambahan pula amalan ekonomi yang berasaskan perbankan non-Islamik. Bagaimana diharapkan amalan soleh jika pemakanan tidak lagi soleh. Makanan yang baik membuahkan amalan baik (soleh), manakala makanan yang tidak baik menghasilkan amalan yang tidak baik juga (tholeh).
Satu kisah pada zaman Nabi, seorang sahabat yang berjemaah bersama nabi kerap
keluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Nabi bertanyakan kenapa balik
tergesa sebelum berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang
ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Nabi terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

Begitulah orang dahulu mengambil berat soal pemakanan anaknya. Sebaliknya kita bagaimana? Adakah kita akan bertanya dari mana buah jambu itu diambil?SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN DEMI "MELAHIRKAN GENERASI YANG BERKUALITI"...
Baca Selanjutnya...

SYAITAN BER'MOU' DENGAN NAFSU

Hakikat bahawa syaitan adalah musuh manusia memang telah diketahui umum. Semua orang mengetahui bahawa syaitan adalah musuh utama mereka. Tetapi tidak ramai mengetauhi bahawa musuh paling ketat adalah di dalam diri mereka sendiri. Musuh itu ialah NAFSU. Nafsu jahat yang berada di dalam diri manusia menyamai dengan 70 syaitan.
>>Nafsu ada dua jenis, iaitu
nafsu yang baik dan jahat. Nafsu yang baik seteru syaitan manakala nafsu jahat kawan syaitan. Oleh itu hati kita perlu dibersihkan supaya tidak dipengaruhi oleh nafsu yang jahat. Hati sebenarnya adalah 'rumah Allah' dalam ertikata tempat kita mengingati Allah. Kenapa hati kita jarang mengingati Allah sama ada secara zikir lisan atau hati. Ini tidak
lain berpunca daripada pengaruh jahat Syaitan dibantu oleh musuh dalam selimut -nafsu kita.
>>Lantaran perjanjian
MOU antara syaitan dan nafsu untuk menjerumuskan manusia ke dalam neraka, maka kita sering diabaikan dengan perkara-perkara lain selain mengingati Allah. Syaitan telah bersumpah dari azali lagi untuk merosakkan seluruh manusia.
>>Syaitan yang menjadi tentera Iblis sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan manusia. Kita tidak nampak dia tetapi syaitan nampak kita. Susah bagi kita memerangi musuh yang kita tidak nampak. Syaitan ada di mana-mana. Bilangannya juga banyak. Bagaimana hendak mempertahankan diri dari serangan iblis yang kita tidak nampak. Walaupun kita tidak nampak syaitan, tapi kita mempunyai Allah untuk meminta perlindungan dari gangguan syaitan yang kena rejam. Syaitan takut orang yang banyak mengingat Allah.
Oleh itu, senjata ampuh untuk melawan syaitan ialah dengan cara mengingat Allah.
Baca Selanjutnya...

Friday, July 10, 2009

EPILOG PERMUSAFIRAN

PING2....PINGGgg..Adeh bisingnya,dimanakah aku?Hati kecil terdetik,adakah aku berada di mumbai INDIA?atau di negara jiran jakarta....?assalamulaikum akhi...(suara daripada belakang menyapa),lantas aku berpaling satu senyuman dilemparkan tanpa minta di balas.wah!!begitu murah senyuman mu,pasti siapa yang melihat pasti tertawan...tanpa melengah masa aku pun menjawab salam tersebut,..AHLAN WASAHLAN BIK..Itulah ucapan yang pertama aku dengar dari salah seorang ustaz yang menyambut ketibaan kami di MATHOR(Airport cairo).
>>Sedar tak sedar aku telah pun berada di bumi yang penuh barokah,bumi yang di gelar ardul kinanah,bumi yang menyimpan 1001 kisah silam ,bumi yang banyak menghasilkan ulama'2 agung,terkenal di seluruh pelusuk dunia,bumi yang menyimpan berjuta2 khazanah ilmu,bumi yang mana AL QURAN dibaca kan disini,bumi yang merakamkan dakwah para nabi berjuang dalam menegakkan islam.Nabi YUSOF,MUSA,HARUN,insan2 yang banyak berbakti dalam menaikan martabat islam.ketika sang firaun GILA bermaharaja lela,SUNGAI NIL yang tak pernah2 putus alirannya menjadi saksi bertapa hebat nya nabi2 mu ya allah memperjuangkan agama suci ini ,menara piramid di dirikan ,berjuta2 hamba yang berdosa dan tidak berdosa mempetaruhkan nyawa demi memuaskan nafsu sang si firaun ini ,tak kusangka bumi yang telah menyimpan sebuah pusat ilmu ,kiblat ilmu oleh para pecintanya,sebuah universiti yang tertua dan teragung di seluruh dunia...bumi inikah yang dulu di sebut2 oleh ulama' bijak pandai,hati kecil masih tertanya2 ..benarkah ini buminya,YA ALLAH ,macam mana aku boleh sampai ke sini...?bumi apakah ini...?kenapa tak sama macam tempatku?ya allah ,,benarkah apa yang telah berlaku ini 12/10/2005, kaki yang tak pernah terlepas dari melakukan dosa ini telah berpijak di bumi ini..berkali2 aku menghentakkan kaki,sehingga sakit.ya!! benar ,aku sedang berpijak dibumi yang nyata...Inilah bumi mesir.

"Jauh termenung"...AKU di tegur oleh seorang rakan,"teringat orang kampung ke?"aku tersenyum,"eh tak lah ,saja melihat kawasan persekitaran ini,so mcm ner perasaan dah sampai kat sni?"rakanku bertnya,seoalah2 ini mencuri perasaanku"alhamdulilah ok je,juz terkejut,tempat ni amat berbeza sikit." dalam hati kecil ini masih bermain2 perasaan ,hari ini baru sampai ,pengajianku disini msh jauh,masih banyak permata dan mutiara harus ku gali disini,mampu kah aku mengorak langkah kehadapan?,inilah antara perasaan2 yang selalu bermain difikiran,dipendekkan cerita,sesi pengajian telah bermula,kehidupan disini amat mendidik jiwa,banyak keistimewaan di perolehi,tp bukan keistimewaan pengangkutan mewah,dan bukan juga X-pad perkhidmatan komunikasi selaku pelajar yang boleh menikmati potogan harga,SMS kadar panggilan yang terendah bagi mahasiswa,juga bukan keselesaan,tapi keistimewaan berpeluang berhadapan dengan syiekh2 agung,para ulama yang hebat ilmunya.berpeluang menziarahi makam2 aulia' seperti nabi danial.nabi harun,ulama'2 muktabar dan lain2 ,alhamdulilah bertuahnya hidup ini..

Hari bersilih ganti,musim juga turut berubah2..sejuk ,panas,terlalu sejuk ,amatlah panas,inilah musim2 yang telah ku lalui,bertapa hebatNya
PENCIPTA,suka duka,di selangi sepanjang kehidupan disini,msih terkenang sewaktu 10 hari akan mengadapi peperiksaan musim pertama,aku dikejutkan dengan pemergian bapaku,YA ALLAH inikah yang dinamakan ujian?kau menguji tanpa aku bersedia..sudah menjadi adat dalam perjuangan,tak lengkap erti perjuangan jika tanpa di uji..hati semakin tabah..SEDAR tak sedar kini sudah 4 tahun aku berada di sini...hebat sungguh perancanganmu YA ALLAH,tadi 3 orang rakan se negeriku telah berangkat pulang ,tak lama lagi aku juga akan turut mengikut langkah mereka,wah , bertapa cepat masa berlalu,Seakan-akan baru semalam tiba disini.Syukur alhamdulilah dapat juga aku menghabiskan pengajian disini,hati tak sabar2 nak pulang ke tanah air,namun di sna hati kecil masih sayangkan mesir,bumi yang banyak aku terhutang budi padanya...kesibukan yang melanda dunia pengajian ,membuatKAN aku tidak menyedari ,rupanya aku sedang berada di sebuah EPILOG PERMUSAFIRAN.... Baca Selanjutnya...

CINTA DAN MENCINTAI KERANA ALLAH

>>Kedudukan Dua Orang Yang Cinta Mencintai Kerana Allah Sesungguhnya terdapat banyak hadith Rasulullah SAW yang menerangkan kedudukan dan darjat dua manusia yang saling cinta mencintai kerana Allah. Hadis-hadis ini menggambarkan kedudukan mereka yang mulia dan tinggi yang telah disediakan oleh Allah di dalam SyurgaNya. Diantara hadis-hadis itu ialah yang menceritakan kisah tujuh golongan lelaki yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungannya ketika mana tidak ada lagi naungan yang lain kecuali naungan Allah sahaja.

Hadis yang bemaksud:
"Mereka itu ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang membesar didalam beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat kepada masjid-masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita jelita dan cantik rupawan lalu ia berkata "aku ini takut kepada Allah", seorang lelaki yang bersedekah melalui tangan kanannya lalu disembunyikannya sehingga tangan kirinya tidak mengatahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya, dan seorang lelaki yang berzikir kerana Allah (yang mengingati Allah) bersunyi ( keseorangan) lalu mengalir air matanya"
( muttafaqun alaihi)
Ini adalah dalil dan nas yang jelas menggolongkan dia sebagai orang yang berkasih
sayang kerana Allah di kalangan tujuh orang yang baik lagi terpilih untuk dinaungi
dibawah naungan-Nya. Inilah penghormatan dan kemuliaan paling tinggi yang
dikurniakan oleh Allah kepada mereka. Di manakah lagi kita akan dapati kemuliaan
yang seperti itu ???

>>Sesungguhnya kemulian ialah hak bagi kedua-dua orang yang berkasih sayang kerana Allah S.W.T. Dimana pada hari tersebut (kiamat) Allah Taala Rabbul Izzah menyeru mereka dan mempersilakan mereka untuk menerima anugerah yang paling tinggi, iaitu pada hari berhimpunnya sekelian bani (anak) Adam di Padang Mahsyar yang maha luas itu. Diriwiayatkan oleh Muslim didalam hadis Qudsi yang bermaksud: "Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku"Alangkah tingginya kemuliaan mereka. Alangkah sempurnannya ganjaran yang akanmereka dapati kerana mereka berkasih sayang kerana Allah.Sesungguhnya cinta kerana Allah bukan kerana sesuatu yang lain sahaja yang adadalam hidup ini. Hidup ini adalah hidup yang penuh dengan pelbagai kepentingan diridan pelbagai perkara yang disukai oleh hawa nafsu. Jadi, cinta kerana Allah dalam suasana yang demikian sangat payah untuk dicapai dan dicari. Tiada siapa yang mampu mencapainya kecuali orang yang telah bersih jiwanya, tinggi semangatnya dan mereka mampu melihat betapa hinanya dunia ini berbanding keredhaan Allah. Tidak hairanlah kalau Allah telah menyediakan bagi mereka darjat yang tinggi sesuai dengan ketinggian mereka didunia dalam mengatasi segala kesibukan dunia yang serba mewah dan penuh dengan perhiasan ini.
Kita dapati keterangan demikian dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muaz dari
Rasulullah S.A.W baginda bersabda:
"Allah Azzawajalla berfirman: orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku, mereka mempunyai beberapa-beberapa mimbar dari cahaya, para nabi dan shuhada yang menyukai mereka "
riwayat Attarmizi
>>Marilah sama-kita renung seketika hadis-hadis Abu Hurairah (R.A)maksudnya: " Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya(sahabat) disebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atasjalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudaraku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah. Alangkah besarnya cinta yang sedemikian yang mengangkat manusia sampai ke darjat di mana Allah mencintai dan meredhainya.


Baca Selanjutnya...

KASIHKAN LAH SAUDARAMU

عَنْ أَبِي حَمْزَةَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِىَ الله عَنْهُ ، خَادِمِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَ نْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: ((لاَ یُؤْمِنُ أَحَدُآُمْ حَتَّى یُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا یُحِبُّ لِنَفْسِهِ )) رواه
البخاري ومسلم

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana diamengasihi dirinya sendiri.Hadis riwayat al-lmamalBukharidanMuslim.
Pokok Perbincangan Hadis:
1) Nafi Iman - tidak sempurna iman sesaorang itu (belum capai hakikat iman)
2) Cintakan kebaikan kepada sesaorang muslim lain - cabang iman yang wajib.
3) Kesan hadis ini bagi kehidupan Salaf :kisah Abu Zar Ibnu Abbas - ketika menterjemahkan

>>al-Quran menginginkan agar manusia semuanya memahami al-
Quran sebagaimana beliau faham.
Imam Syafi’e - mengharapkan agar orang ramai yang mempelajari ilmu darinya, mengajarkan pula
kepada orang lain - cintakan kebaikan utk org lain.Pengajaran hadis:
Kasih sayang dan persaudaraan adalah antara tuntutan iman. lman seseorang mukmin tidak akan
sempurna sekiranya dia ada menyimpan perasaan benci terhadap mana-mana saudaranya yang
seagama.Kedudukan kasih sayang dan persaudaraan dalam lslam amat tinggi dan penting. la adalah kekuatankedua bagi umat lslam yang dapat mengatasi kekuatan senjata.
Semua orang lslam adalah bersaudara, tanpa mengira rupa paras, warna kulit, bangsa dan sebarangperbezaan darjat.
Baca Selanjutnya...

Thursday, July 9, 2009

ASRAMA RUMAH MELAYU ABASIAH MESIR(ARMA)

PINTU UTAMA ASRAMA

POSISI DARAPADA ATAS ASRAMA
inilah asrama tempat aku beristirehat setelah penat berjalan mengutip mutiara di shobro,haiyu sabi' dan lain2...baru2 ni dengar cerita nak di islah(perbaiki) satu berita yang baik,tapi pelik lagi menyedihkan kenapa mesti kena kluar dan bila masuk kembali kena daftar semula,,langsung x munasabah,pihak atasan tak pernah fikir ke buku2 kami yang bertimbun tu nak letak mana...so apa2 pun moga2 allah permudahkan niat murni kami disini dan niat murni pihak atasan..
Baca Selanjutnya...

JAUHI MAKANAN SYUBHAH

صلى الله عليه عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.مَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَ
>>Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar.Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terangjelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat makasesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
>>Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Perbincangan Hadis :
1) Perkara Halal Jelas, Perkara Haram Jelas :
Yang telah dinaskan seperti kahwin, makan benda-benda yang baik.
manakala yang haram sprt. minum arak, judi, zina dan riba.
2) Perkara-perkara Syubhat :
berlaku dalam ibadah, muamalat dan lainnya.
yang tidak jelas halal dan haram dan tidak ada nas padanya.
3) Bila berhadapan dengan syubhat :
tinggalkan perkara tersebut untuk elakkan dosa - redha Allah.
syubhat pada pandangan orang tapi tidak pada kita - mesti jelaskan supaya hilang syubhat tersebut -
(kisah nabi dgn. Sofiah - dilihat oleh sahabat).
tinggalkan syubhat - sifat wara’ - sempurna iman.
4) Peranan Hati :
banyak ayat ditujukan pada hati (hadis - aqal terletak dihati)
hati berpenyakit - jihadnya dengan mengikut manhaj Allah

Pengajaran hadis:
Melakukan perkara haram, maka dia telah melewati sempadan kemurkaan Allah.
Hati adalaSeseorang mukmin mestilah cuba mengenali dan mempelajari perkara halal dan haram seterusnya melakukan yang halal dan meninggalkan yang haram demi menjaga kemuliaan agamanya.Perkara yang kesamaran, yang belum jelas halal haramnya adalah perkara syubhat yang mesti dijauhi,demi menjaga maruah diri dan keheningan agama.Sempadan murka dan redha Allah SWT ialah perkara haram. Sesiapa yang melewati garisan dan terjebakh raja segala anggota yang mesti dipastikan keelokannya dan kebersihannya justeru kerosakan dan kemusnahannya akan merosakkan dan memusnahkan seluruhan anggota badan yang
lain.

Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 8, 2009

DIDIKLAH ISTERI DENGAN NAMA TUHANMU(ALLAH)

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional, tidakterlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita. Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa. Firman Allah yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."
Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri - makhluk yang kuat perasaannya.

Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita,lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
>>Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya. Pendekata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal. Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata.
Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw. Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda Rasulullah saw.
>>Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit. Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah sanggup menziarai dan membantunya tatkala ia sedang sakit. Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam.
>>Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam. Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab, "Kami sengaja mahu Rasulullah saw mendoakan untuk kami."
Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin. Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:


"Barangsiapa memiliki isteri yang solehah maka sesungguhnya ia telah memiliki separuh dari agamanya."

Rasulullah juga bersabda yang bermaksud:
"Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah memiliki isteri yang solehah."
>>Apabila wanita dapat dididik dengan betul maka ia dapat memberi kebaikan kepada seluruh umat kerana di tangan wanitalah penentu corak generasi akan datang. Kelembutan dan kehalusan belaian tangan wanita yang solehah akan membahagiakan seluruh isi alam.




Baca Selanjutnya...

Tuesday, July 7, 2009

KENALI DIRI ANDA FADZILAH KAMSAH

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2.

Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8

Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1

hasilnya..
2 : Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin

Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..

SELAMAT MENCUBA
Baca Selanjutnya...

Monday, July 6, 2009

JAULAH KUBRO..

6.00 pagi bertolak daripada station bas di horras ,kami memulakah langkah dengan menaiki delta east,sepajang perjalanan kiri dan kanan bertemankan padang pasir dan gurun sahara,terdetik dalam hati kalau lah bas ni jahanam di tengah2 jalan alamat berteduh berbumbungkan langit dan matahari je lah nampaknya..... alhamdulilah mainan perasaan xmenjadi kenyataan.Sepanjang perjalanan tak banyak benda faedah pun yang dapat melainkan tidur...dan terus tidur...buka je mata padang pasir..tidur balik..begitulah seterusnya sepanjang perjalanan yang menelan usia kami selama hampir 4 jam perjalanan,walaubagaimana pun yamee tetap di sisi,tak lah boring sangat kan..

DetikJAM 10.00 pagi kami tiba di mahatoh iskandariah ,ermmm itu kali kedua kaki ini menjejak di mahatoh (perhentian) tersebut sepanjang 4 thn berada di bumi anbia',tercengan-cengang perhati sekeliling kami,tak tahu arah yang nak di tuju,buat satu pagilan telefon minta tunjuk arah,sahabat selaku tuan rumah yang bakal kami ziarahi nanti memudahkan perjalan dengan memberi maklumat supaya kami menuju ke akhir mahatoh untuk dapatkan kenderaan menuju ke asofirah...terfikir jugak makna asofirah tu,cek punya cek,,,oooo tak tahu juga maknanya ,maby kamus digital hp ni x bagus kut ,huhu...tahu saja buat2 tak tahu...

Dari asofirah bermulah agenda yang kami hajatkan.Sebenarnya niat ziarah untuk melawat adik auni suffiah yang baru berusia 1 bulan lebih,comel budaknya,ermm tibalah kami di sana sambil di rai'kan kedatangan kami oleh adik auni.Walaubagaimana pun tentatif kami tak berakhir di syariq' carnaval,kami di undang khas untuk membantu ustaz2 alex untuk memindahkan barang akhowat yang kena barrah(pindah rumah dlm bhsa yang sedap),huhuhu ini saat yang tidak di jangkakan ala kulillah tak apa lah rezeki kami hari tu kut,tiba2 tentatif program bertambah ...kenangan yang tak dapat di lupakan i'allah..

Setelah selesai memindahkan barang baru lah agenda seterusnya bermula,selain niat nak ziarah auni,kami memang dah bercadang nak pergi menziarahi makam nabi danial.alhamdulillah walau di uji dengan pelgabai rintangan termasuk letih ,lapar dan dahaga,usaha murni di permudahkan allah dengan semangat yang tak luntur pudar kami mengorak langkah ke destinasi seterusnya iaitu makan nabi danial yang terletak di hujung perhentian station kereta api.
TIBANYA KAMI DI MAKAM NABI ALLAH DANIAL
JAM 10.OO MLM,PENAT TAPI GEMBIRA
TAK SIA-SIA JAULAH KAMI PADA HARI INI


INI BUKAN NAK BUAT DIKIR BARAT,TAPI SEKADAR
NAK RAKAM DETIK SEJARAH TIBA DI MASJID
YANG TERLETAK MAKAM NABI ALLAH DANIAL

merakamkan detik tiba di masjid nabi danial ,pe la korang ni patutnya lepas solat tahayatul masjid tu berzikir ke apa ke ,,ni x, sempat lagi korang berpossing,hihi,,tapi x slh kan
muka letih ,lapar dan dahaga tapi nak juga berpossing




PERKARANGAN DI SEKITAR PERHENTIAN TERAKHIR KERETAPI
ALEXANDARIA.
HASIL BINA JAJAHAN PERANCIS

Allah permudah kan jaulah kubro kami pada kali ini.alhamdulillah dapat juga msuk ke bahagian makam ni,pada mulanya pintu bahagian makam ni telah pun di kunci ,mana taknya dah hmpir jam 10 mlm baru sampai ke makam tersebut ,atas pertologan ammu dekat2 situ kami di beri peluang juga untuk masuk,dan di situ juga terdapat satu lagi makam luqman nur hakim,tentu kita semua masih ingat kisah luqman ,menasihati anaknya,dan kisah luqman berkata pada anaknya tentang berbuat baik pun orang akan mengata berbuat jahat sudah pasti akan di kata jua ,nasihat luqman pada anaknya jika berbuat sesuatu ,buat lah dengan ikhlas dan cari redho allah ,bukan mencari redho manusia,sememangnya redho manusia tak kemana,begitulah lebih kurang kisahnya,di samping menziarahi makam ,kami sempat bertawasul,moga2 keberkatan yang allah beri pada nabi danial dan luqman nur hakim doa dan harapan di maqbulkan insya'allah..
sebenarnya banyak lagi benda yang nak di kisahkan disini ,tapi apa kan daya mata dah mengantuk ni ,seharian berjalan penat tanpa henti demi mencapai matlamat dan cita2 jaulah,insya'allah jika di berikan kekuatan nak post entry tentang kisah nabi danial...so akhir kalam moga dapat menulis lagi di entry yang akan datang....mata pena masih tajam tapi apakan daya mata tuan pena dah makin layu...ZZZzzzWSSLM.. Baca Selanjutnya...

SI PURDAH BUKAN AZHARIAH

Berkat selamat...kalimah yang diungkap oleh ustaz abu dalam filem ajaran sesat,bagi yang pernah menonton munkin akan faham dan ketawa apabila menyebutnya...mana tak nya perkataan salam dan jawab salam di ganti oleh "berkat dan selamat"persoalannya berkat ke ? selamat ke?"..apa2 pun tepuk dada cek ilmu...tapi aku bukan nak kongsi cerita tentang ustaz abu kat sini...aku nak kongsikan cerita dua hari lepas aku telah di takdirkan allah berchating dengan "si purdah " begitulah lebih kurang trade mark dia..ala kulihal aku tak kisah pembawaan dia ...cuma aku keliru manhaj perwatakannya yang amat mengelirukan aku ,dan aku yakin orang lain juga akan keliru ,tambah2 ahli kluarga sahabat kita ni..
Ceritanya bermula begini aku terbaca entry sahabat ni,aku ingat pada dasarnya dia ni telah di sabotaj oleh orang lain ,sebab agak pelik dan nadir benda yang dia tulis tentang diri sendiri,so aku ihtimal(timbang sangka) bahawa sahabat kita ni di sabotaj halamannya,...so tanpa aku segan add id ym dia.Bayangkanlah si purdah mencaci diri,mana nak letak rasa sensetifviti sebagai umat islam muslimah khususnya apabila mengenakan purdah dan bertudung labuh mencaci diri...apa kono ni dik?salah makan aieshhh ke?atau terlebih makan to'miyah arab?atau dah memang hari2 makan kusyairi sampai dah tak leh buat pertimbangan yang mana baik dan buruk...huh!!penat memang penat bercakap dengan dia ...tapi demi mengelakkan dari di fitanah"kerana nila setitik rosak air ZAM ZAM setempayan"so tak nak jadi mcm ni...jangan sampai musuh islam menghina agama kita kerana kita sendiri meletakkan darjat islam di bawah....firman allah yang bermaksud "agama yang di redhoi di sisiku(allah)hanyalah islam".Nah
!!! tengok bertapa tingginya darjat islam,sangup kau menghina,walaupun bukan dengan percakapan ,tapi perwatakan tu seolah-olah menghina agama dan pemakaian yang di tetapkan dalam agamaNya...
seorang yang menonjolkan diri sebagai muslimah ,jika dia menghayati erti dan adab berpakaian ,dia tak akan buat begitu ,walaupun dia alam maya...ingat!!!! dengan memakai pakaian pun blh dapat pahala taw,jika di niat dengan elok...jangan main hentam nak bergaya...

walau bagaimana pun aku tertarik bila dia kata"saya bukan budak agama"hihihi apa lebihnya budak yang berlajar agama?sebab mereka ni banyak mengahafal hadith ke?atau mereka ni banyak mengahafal al quran?(tolong jangan cipta alasan nak lepaskan diri)kalau betul pun ,tapi mereka juga hamba allah ,yang lahir ke dunia dalam keadaan kosong ilmu didada,berkat usaha mereka ,itu lah sebab mereka ada semua tu .habis orang lain tak boleh buat begitu ke?kenapa tiru gaya artis korang boleh pulak ikut?bukan kah ilmu tauhid ,ilmu feqah .ilmu quran dan lain2 lagi merupakan perkara asas yang perlu diketahui bagi seseorang yang bergelar islam?ermmm konsep apa ni yang dia pakai sampai membeza-bezakan diri dengan budak agama.teori darwin ke yang dia rujuk ?atau Albert Enstine menjadi panduan utama?huh!! ni lagi satu hal,memang aku tak berkenan...

ya akhi ya ukhti perkara asas dalam islam adalah untuk semua ,bukan untuk budak agama je yang di wajibkan aurat perlu ditutup ,begitu juga aurat dalam percakapan ,jangan main seberono je sebut ...dalam al quran dah sebut tutup lah aurat ,bagi wanita melabuh kan tudung hingga ke paras dada..so xde pulak ayat tu khusus untuk orang2 tertentu..benda ni x di ajar pun blh thu..persekitaran hidup pun boleh menjadi rujukan ,kita boleh beza mana lagi baik sama ada seksi atau bertutup aurat..Tapi alhamdulillah sahabat kita ni bagus orangnya tutup semua ,tapi kalam2 dia tu dot dot...moga2 allah merahmati mu...aku hanya sebagai abang untuk mendidik adik pada hari tu..tak sangup aku melihat adik seagamaku berjalan dalam keadaan compang camping , terhoyong hayang di tengah-tengah jalan sambil di tertawakan orang.aku tak lebih daripada tu...aku tegur kerana kemaslahatan yang kau cipta,buat pe nak rosak diri,kalau ada masalah kongsi la dengan kawan2 rapat .jangan protes diri sampai menjejas imej islam itu sendiri..andai kau terbaca rtikel ni wahai "si purdah "jangan lah berkecil hati, ok...kerana aku tahu kau si purdah yang bukan azhariah.belajar lah menrima teguran ,jangan cepat melatah...


p/s :wah mcm marah nampak ?aku bukan marah tapi nasihat.
ketahuilah wahai sahabat,bersaudara kerna allah,tak sama
bersauadara kerana kepentigan peribadi.carilah kawan seperti cermin,
yang mana,cermin tak akan hipokrik dalam memberi sesuatu mklumat atau nasihat...wallahu a;lam Baca Selanjutnya...