.::THE STRUGGLE AND INTIFADHA' WAITS FOR NO MAN; AS WE ARE THE GENERATION THAT SEARCHED, TRIED AND APPRECIATES WHAT COMES IN LIFE FOR BEING TRUE MUSLIM::.
Photobucket

Wednesday, April 1, 2009

BURSA SAHAM MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

MUQADIMAH)>>Islam AD-DIN yang syumul meliputi semua aspek kehidupan duniawi dan ukhrawi,seharusnya sebagai a'bid sperti kita tidak boleh tidak mesti tahu akan hakikat ini.Dalam bidang muamalah Allah s.w.t telah mensyariatkan jual beli yang halal dan melarang urusniaga berbentuk riba.Mafhum dari firman alah SWT yang bermaksud:"Dan Allah menghalalkan Jual beli dan mengharamkan rina"-Surrah al Baqarah ayat 175.

>>Setiap muslim disarankan agar meneliti setiap urusan muamalah agar tidak terjerumus kedalam perkara yang haram.Rasulullah SAW amat mengambil berat soal kesucian harta hingga apabila Rsulullah berhijrah ke Madinah ,baginda mendirikan pasar khas untuk kaum muslimin yang menalan kan muamalah secara halal keran melihat pasar di Madinah yang sedia ada didominasi oleh golongan Yahudi yang mengamalkan muamalah riba dan unsru-unsur yang haram.

>>Dalam bab ini saya ingin berkongsi maklumat,secara langsung akan membincangkan bersama-sama sahabat yang merupakan para ilmuan yang berminat tentang ekonomi islam khususnya di dalam tajuk ini.Seperti yang kita semua sedia maklum BURSA SAHAM merupakan medan urusniaga yang mempunyai pengaruh yang besar terhadap ekonomi negara masakini,dan diceburi oleh ramai uamat islam.Perbincangan ini akan menganalisa aspek2 yang terdapat didalam bursa saham secara terpisah kerana setiap aspek mempunyai hukum hakam yang tersendiri. Baca Selanjutnya...

DEFENESI BURSA SAHAM (STOCK EXCHANGE)

>>Bursa (bourse/exchange) ialah lokasi berpusat yang menjalankan perdagangan instrumen kewangan*2.Terdapat pelbagai jenis bursa masa kini,anataranya:bursa komoditi,bursa mata wang asing,bursa opsyen,bursa sekuriti/saham dan sebagainya.

>>Bursa atau bursa sekuriti (stock exchange)ialah sebuah institusi(seumpama pasar) yang menjalankan urusniaga sekuriti dimana iamembentuk pangkalan utama untuk memudahkan peredaran harta daripada induvidu,institusi dan sektor yang pelbagai,yang membantu mengembangkan kan harta dan menggalakkan pelaburan untuk kepentingan ekonomi.*3

>>Kebiasaannya nama bursa di berikan kepada tempat yang dikhususkan untuk jual beli sekuriti(sijil-sijil saham ,bon dan sebagainya)di mana orang-orang yang bermuamalahdengan sekuriti ini berkumpul di situ untuk membeli atau menjual bon-bon kerajaan atau saham-saham syarikat yang di senaraikan.Biasanya proses jual beli di lakukan dengan perantaraan broker-broker atau orang tengah. Baca Selanjutnya...

OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN BURSA SAHAM

*Penubuhan bursa saham mempunyai beberapa objektif ,anataranya:
-1.Menyediakan tempat psaran yang membolehkan pihak yang memerlukan modal mendapatkan modal melalui jual beli sekuriti yang disenaraikan.
2.Menyediakan perkhidmatan yang bersangkutan urusan pelabuaran dan makluamat saham kepada pelabur di samping mewujudkan minat terhadap pasaran sekuriti di kalagan pelabur dan orang awam.*Antara kepentingan dan peranan bursa saham terhadap ekonomi:-1.Mencairkan mata wang dan menyalurkannya untuk projek-projek pelaburan.

3.Memberikan indeks am tentang pegerakan harga,harat dan pelaburan,sekaligus mengambarkan kedudukan ekonomi negara.

4.Menyumbang kepada meningkatkan keupayaan ekonomi dengan pelbagai projek pembangunan.

5.Medan negara mencapai kestabilan matawang daripada urusniaga sekuriti bagi mengelakkan inflasi. Baca Selanjutnya...

EKONOMI ISLAM : PERSPEKTIF DAN CABARAN

PENGENALAN :>> Ekonomi bukanlah perosalan baru dalam islam.Perancangan dan aktiviti ekomi telah berlaku dalam zaman Nabi Yusuf A.S yang menjadi Menteri Ekonomi PERTAMA di Mesir.Baginda telah meletakkan asas ilmu Ekonomi dengan membuat satu perancangan rapi bagi memmastikan negara mempunyai bekaln yang cukup mencukupi apabila menghadapi musim kemelesetan.Namun begitu kegiatan ekonomi pada awal islam agak terbatas dengan kegiatan jual beli sahaja di pasaran yang mudah.Mualai abad kedua Hijrah bermulalah beberapa kajian mengenai kegiatan ekonomi secara khusus dan lahirlah tulisan-tulisan mengenai hukum riba,sistem harga,monopoli,percukaian.zakat,kewangan kerajaan dan sebaigainya.Tulisan-tulisan ini membicarakan hukum hakam muamalat mengikutmazhab masin-masing Baca Selanjutnya...

SEJARAH BURSA SAHAM

>>Prancis merupakan negara kelahiran bursa saham yang pertama,iaitu kurun ke-13 Masihi,dimana berlaku urusniaga bon antara para perniaga hingga Raja Prancis ,King Philip(1268-1314M) telah mewujudkan broker mata wang bagi menyusun urusniaga antara para perniaga.Pada masa yang sama,gerakan erniagaan di Baljika memberangsangkan dimana para perniaga di negeri Bruges berhimpun di istana keluarga Van der Bourse untuk menhjalankan urusniaga.Perkembangan ini telah menyebabkan mereka mengambil sempena nama keluaraga pemilik istana tersebut bagi mengambarkan urusniaga ini hingga akhirnya pakata Bourse atau Bursa ini digunakan untuk pasaran urusniaga sekuriti.

>>Perkembangan ini akhirnya menyaksikan penubuhan bursa saham di negara Belanda ,Amerika Syarikat,dan kebanyakan negara industri pada kurun ke-19M.Bagi ngera islam pula,bursa saham diperkenalkan oleh negara yang menjajah .Mesir merupakan negara pertama di Timur Tengah yang mempunyai bursa saham iaitu pada akhir kurun ke-19M.Di Malaysia ,aktiviti broker dan syer dijalankan sejak abad ke-19 .Pasaran Saham Malaysia yang pertama ditubuhkan pada 1937 dibawah nama pasaran Broker Saham Malaya,Walaubagaimana pun perdagangan tidak dijalankan sehinggalah nulan Mei 1960*1. Baca Selanjutnya...

KENALI TOKOH EKONOMI ISLAM

>>Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa ekonomi islam ialah IBNI TAMIYAH(1262-1328 Masehi) dan IBN KHALDUN(1332-1406 Masehi).IBN TAMIYAH yan berpusat di Damsyik adalah terkenal dengan perdagangannya mengenai harga setara,pasaran sempurna,kawalan harga ,monopoli,penyorokan dan spekulasi.Manakala IBNU KHALDUN pula didalam kitabnya,yang terkenal iaitu" MUKADDIMAH IBN KHALDUN",menyentuh banyak pekara ekonomi seperti nilai.buruh.sistem harga,hukum permintaan dan penawaran,penggunaan dan pengeluaran.wang ,modal,kewangan negara,dll.Beliau yang berasal daripada Haramaut dan berpindah ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dangan pemikiran ekonomi yang penting yang mendahului ADAM SMITH sejak dengan jarak waktu 400 tahun.
>>Walaubagaimanapun momentum perkembangan ilmu ekonomi islam ini mengalami kemerosotan bersama dengan zaman kejatuhan islam yang berlaku di sekitar kurun ke13 masihi.Inilah zaman kegelapan islam dimana masala politik dan sosial dikalagan umat islam telah menjadi kucar kacir sehingga membantutkan istitusi keilmuan.Para ilmuan tidak mampu lagi mengkaji dan berijtihad.Ilmu Ekonomi islam yang disasakan oleh IBN TAMIYAH dan IBN KHALDUN dan yang lain sebelum mereka tidak dikembangkan dan hanya tersimpan dalam kitab-kitab kuning tanpa waris untuk menyambung usaha mereka.(2).
>>Selepas dari tempoh ini penumpuan ilmu beralih ke barat,Lahirlah tokoh2 ilmu ekonomi Barat sperti ADAM SMITH (1723-1790),David Ricardo (1771-1823).J.S MILLS(1806-1873)IRVING FISHER (1867-1947),JOHN MAYNARD KEYNES(1883-1946), dan lain-lain.Cendiakawan dari negara islam pla menghala ke barat untuk menuntut ilmu yang kemudiannya diterapkan amalannya di negara masing-masing.Zaman kejatuhan kegemilangan islam juga berganti dengan zaman penjajahan kuasa barat keatas negara-negara islam.Maka dengan strategi serampang dua mata ini,iaitu melalui penjajahan politk dan penjajahan ilmu,boleh dikatakan kesemua negara islam kini mengamalkan sistem pemerintahan dan sistem ekonomi barat yang dikatakan sekular itu.
>>Natijah daripada sejarah perkembangan ilmuyang terbantut itu,persoalan yang di hadapi kita ialah,APA DIA DAN DIMANA DIA EKONOMI ISLAM?Adakah sistem ekonomi barat sesuai diamalkan oleh umat islam,negara dan masyarakat islam dengan pengubahsuaian yang sewajarnya(proses islamisasi)?Atau adakah Ekonomi islam itu merupakan satu bindang ilmu yang sama sekali berlainana daripada barat sehingga kan tidak mungkin ianya diubahsuai daripada acuan ekonomi konvesional?Pendekatan kedua ini kurang praktikal kerana adanya tempoh beku dalam ekonomi islam selepas zaman IBN KHALDUN.Pendekatan pertama lebih mudah dan lebih pratikel memandang kepada daripada kemantapan dari segi teori dan amalan ekonomi konvesional.Para ilmuan islam boleh mengunakan ekonomi konvesiaonal sebagai titik tolak dan membuat penyaringan untuk mengambil perkara yang dibenarkan oleh islam,
----------------------------------------------------
1-Surtahaman K.H dan Sanep Ahmad ,Ekonomi islam ,Dasar dan Amalan ,DBP,2005 xx-xxi
2-Op.cit,halaman xxiii.
3-UST SERI NAHABAH (M.A AMERICAN OPEN UNIVERSITI).
4-MOHD KHAITUL NAIM BIN SAMERI (B.A UNIVERSITI AL AZHAR)
Baca Selanjutnya...