.::THE STRUGGLE AND INTIFADHA' WAITS FOR NO MAN; AS WE ARE THE GENERATION THAT SEARCHED, TRIED AND APPRECIATES WHAT COMES IN LIFE FOR BEING TRUE MUSLIM::.

Friday, July 31, 2009

CINTA BUTA ..HANTARAN MAHAL..H1N1

>>Tertarik dengan episod cerita cinta itu buta...sememangnya cinta itu buta berdasarkan cerita salah seoarang sahabat bloger yang menceritakan kisah cinta itu buta ..mana taknya nAk keluar berpimpin tangan.. lintas jalan pun berpimpian tangan...nak masuk library pun pimpin tangn.. DAH hilang upaya ke REMAJA ISLAM KITA? HABIS TU ORANG buta di jalanan siapa yang nak pimpin? mereka kena bercinta juga ke? baru nak dipimpin? adehh manjanya pasangan ni...ERMM tp itu suasana seblum khawin la.. lepas khawin dah xnk pegang ke bangg...!!! (kata si isteri..) dan lesu lihat pasangan yang mesra alam sebelum khawin ni..dan suram selpasnya...dua fenomena yang tak dapat di pisahkan

>>satu lagi kisah daripada seoarang sahabat lelaki ...kenal hati budi dan ikhtilat (pergaulan) yang tak syarie' di pelihara bersama..tak pernah jumpa.. xpernah kluar bersama sekadar sms dan call sahaja katanya...itu pun dalam beberapa bulan setelah dikenalkan oleh oarng tengah..ERMM malang juga dengarnya hajat nak mendirikan masjid awal untuk elak fitnah dunia..Tapi HANTARAN pulak mhal .. adehh ...MAS KHAWIN RM2000?DUIT BELANJA RM8000...=RM10000...asyik mngeluh ...nak jaga, nak didik anak dara orang pun dah susah sekarng..bukan nya nk buat apa...nak bagi nafkah je ..pernah dia terfikir nak nikah buat pinjaman bank...huhu kena tegur dengan ustaz la pulak katanya"nak buat pekara untuk sempurnakan iman..tapi bermodalkan duit riba dari pinjaman" (huhu ..lain kali buat la pinjaman tanpa riba... tapi ada ke pinjaman tanpa riba ?siapa tahu tolong maklumkan pada dia...) tamparan yang hebat buat lelaki... susah jugak nk khwin ni yer...NAK NIKAH ,HANTARAN PULAK MAHAL ..NAK BUAT LOAN DIKATAKAN BERMODALKAN RIBA..SO mcm ner? NAK BERPIMPIN TANAGAN MACAM PERISTIWA DI ATAS KE? SIAPA YANG SLAH ?kalau di K.LUMPUR munkin RM 10000 tu x jd hal...tp klu di kampung2 pun dah melambung...apa cerita ye? mak ayh sekarang semakin uptodate..ke? atau tuntutan kewangan sekarang dah jadi sama rata mahal? huhu tak lama lagi jadilah mcm kisah P.RAMLEE anak dah lima hutang xselesai2 lagi...(sedikit cadangan la...klu nk nikah juga tu so sederha2 kan lah kos tu ..klu keperluan memang desak mcm tu so teknikalnya pihak prempuan kena ambik peranan juga la ye,,,)KALAU TIDAK JANGAN NAK MINTA KHAWIN...

>>Ni satu lagi kisah tentang bala sekarang..SIAPA yang tak tahu H1N1 ...MAKA PAKAI LAH TOPENG utk mengelakkan mengetahuinya...siapa yang dah tahu ..cepat2 lah buat medical checkup untuk mengatasinya..(lawak je) teringat sebuah movie yang diarahkan oleh seorang bangsa berketurunan india di newyork ..tajuk movie dah lupa,rsa mcm "population 361"cerita dia lebih kurang begini la jugak.wabak datang melalui angin dan menyebabkan kematian..snang cter dah mcm H1N1 la.. islam dari dulu melarang seks bebas .bercumbu di tempat awm..dan jgn makan babi..now bala h1n1 dah datang JAKIM atau jais dah xpayah susah nk buat kerja ...allah dah uruskan smuanya ..siapa yang engkar ..dapt cash H1N1..antara faktor yang mudah di jangkiti H1N1 mengikut kajian dari seluruh dunia mengatakan bercumbu di tempat awm juga merupakan penyumbang terbesar memudahkn dijangkiti..oleh itu jangan lah berbuat demikian ,orang khawin dia tak akn bercumbu kat luar..ni peringantan bagi yang belum khwn la kan...dan bala ni datang tak memilih kaum bangsa ataua agama..semua kena ...aaa sebab x mngamalkan amar ma'ruf nahi mungkar la ni..orang yang tak berdosa juga terlibat H1N1 ..ISLAM itu kan syumul utuk smua mahluk di atas bumi ni...kalau ikut islam dari awal hingga akhir kan bagus...now fikir2kan lah

Baca Selanjutnya...

TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGA PEJUANG ALLAH

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman , akan dikebumikan di kampungnya di Permatang Pasir, Pulau Pinang selepas solat Asar petang ini. Jenazahnya sudah dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 9.30 tadi dan dijangka tiba di rumahnya di Permatang Pasir, 2 petang ini. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir.Allahyarham merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selama 14 tahun itu, menjadi Adun Permatang Pasir selama tiga penggal mulai 1999 dan kini satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang. DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang" HIDUP BERJUANG MATI TERBILANG" Baca Selanjutnya...

Thursday, July 30, 2009

LARANGAN MENGAADA-ADAKAN DALAM URUSAN HARIAN

عَنْ أُمِّ المُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّم : (( مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ )) . رواه البخاري ومسلم وفي
.(( روایة لمسلم: ((مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَليهُ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah 'Aisyah r.a. رضي الله عنها beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang mengada-ada sesuatu perkara dalam urusan kita ini, yang bukan daripadanya, maka ia tertolak. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim. Dalam riwayat Muslim, ada hadis lain berbunyi: Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang tidak ada asal usul dengan agama kita, maka ia tertolak ( Al-Imam al-Bukhari dalam kitab ( آتاب الصلح ) bab ( باب إذا اصطلحوا على صلح جور ) nombor 2550. Al-Imam Muslim dalam kitab ( آتاب الأقضية ) bab ( باب نقض الأحكام الباطلة ورد محدثات الأمور ) nombor 1718).

Perbincangan Hadis
:
Larangan mengada-adakan dalam urusan agama :
a) Dalam Ibadat : Sesuatu yang dibolehkan melakukannya dalam ibadat tertentu, tidak semestinya boleh dilakukan dalam ibadah lain pula. (dedah kepala - ihram/ berdiri-azan) Ibadah yang langsung tidak syar’ie ( dengan hiburan/ tarian) - tidak diterima Allah bahkan ditutup pintu taubatnya. Menongkok tambah dalam ibadat yang disyariatkan. (tambah rakaat dalam solat fardhu/ wudhu’ empat empat) Mengurangkan sesuatu dari yang disyariatkan. (kurang rakaat dalam solat).

b) Dalam Muamalat :
i) ‘Aqad yang dilarang oleh Syara’ :
Barang yang hendak di’aqad tidak halal.(nikah dengan mahram). ‘Aqad pada barang yang diharamkan (arak/ bangkai).
ii) ‘Aqad yang menyebabkan berlaku zalim bagi sebelah pihak. (nikah anak perempuan tanpaizinnya).

Pengajaran hadis:
lslam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. la tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat. Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya. Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur.
Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya
Baca Selanjutnya...

Wednesday, July 29, 2009

CERITA TELADAN

Dinukilkan dalam sebuah kitab, seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata fairuz. Piala itu sangat cantik dan amat berharga. Raja sangat gembira menerima hadiah itu. Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya, raja itu bertanyakan kepadanya mengenai piala tersebut. Hukama itu berkata, "Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir." Raja tercengang dan berkata, "Mengapa kamu berkata begitu?" Hukama itu menerangkan, "Kalau piala itu pecah, sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati tuanku akan menjadi susah atas bala yang menimpa. Kalau dicuri orang pula, tuanku akan bersedih atas kehilangan itu dan berasa seperti seorang fakir.....

Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini, tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini, tetapi selepas ada piala ini, jika berlaku kehilangan tentu tuanku berasa amat sedih." Selang beberapa bulan, piala yang disayangi raja itu pecah berkecai. Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu. Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya. Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak
memberi apa-apa makna di dunia kecuali kesusahan dan kemiskinan. Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah.

MORAL YANG BOLEH KITA KONGSIKAN DISNI:-
· Kekayaan dan harta dunia adalah perhiasan yang tidak perlu disanjung tinggi.
Kekaguman yang melampau terhadapnya mengakibatkan kesusahan dan
kemiskinan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta tersebut.
· Kesayangan pada harta dunia merampas kesayangan pada kenikmatan syurga
mengikut nisbah yang sama.
· Hukama memandang sesuatu benda dari segi hakikat, bukan dari segi zahirnya.
· Tanpa harta benda pun kita boleh hidup dengan keperluan asasi. Situasi begini
lebih menenteramkan hati dan jiwa untuk mengabdi diri kepada Allah.
· Orang yang mempunyai sedikit kekayaan duniawi lebih mudah masuk syurga
kerana tidak banyak soal-siasat dan hisab di mahsyar.
· Orang yang mempunyai kekayaan duniawi terseksa di mahsyar kerana
banyaknya kira-mengira tentang dari mana ia diperolehi dan ke mana pula ia
dibelanjakan pada setiap satu harta yang dimilikinya. Ini melewatkan kemasukan
ke syurga. Kalau dari sumber tak halal dan dibelanja bukan pada haknya, sipemilik
harta akan dimasukkan ke neraka terlebih dulu.

Baca Selanjutnya...

Sunday, July 26, 2009

Manusia yang dikutuk oleh Allah dan Rasul

BERSABDA RASULULLAH S.A.W MAKSUDNYA;
" 6 JENIS GOLONGAN MANUSIA YG AKU DAN ALLAH JUGA TURUT MENGUTUK SERTA PADA HARI KIAMAT KELAK ALLAH TIDAK AKAN MEMANDANG MEREKA DENGAN PANDANGAN RAHMAT DAN BELAS KASIHAN.MEREKA ITU IALAH;

1. ORG YG MENAMBAH MAKSUD TAFSIRAN AL-QURAN (TAKWIL YG MENYIMPANG)
2. ORG YG MENDUSTAKAN KEPADA TAKDIR ALLAH

3.
ORANG YG BERKUASA TETAPI TAKKABUR.MEREKA MEMULIAKAN ORG YG DIHINAKAN ALLAH DAN SEBALIKNYA MENGHINA ORG YG DIMULIAKAN ALLAH DAN RASUL

4.
ORG YG MENGHALALKAN PERKARA YG DIHARAMKAN ALLAH DAN SEBALIKNYA.
5. ORG YG MENINGGALKAN SUNNAH NABI

6.
ORG YG MENGHALALKAN APA YG DIHARAMKAN ALLAH DI KOTA SUCI MEKKAH.

Baca Selanjutnya...