.::THE STRUGGLE AND INTIFADHA' WAITS FOR NO MAN; AS WE ARE THE GENERATION THAT SEARCHED, TRIED AND APPRECIATES WHAT COMES IN LIFE FOR BEING TRUE MUSLIM::.

Friday, July 17, 2009

HIDUP BERJUANG MATI TERBILANG

Assalamualaikum...Cepat betul masa berlalu hampir tiga hari tak dapat mencoret sesuatu dalam halaman blog ini,apatah lagi kalau nak berkongsi maklumat dan input ilmiah dengan sahabat2 sekalian,amatlah jauh rasanya.Salah tetap bersalah ,munkin kalau di tanya orang kenapa sampai tak sempat nak post entry ilmiah kebelakangan ni?JAWAPANnya mesti pelbagai,munkin ada di anatara jawapan berbunyi ,"sibuk dengan tugas" "sibuk dengan kawan2""sibuk dengan jemaah""sibuk itulah inilah" ermm apa2 pun itu hanyalah alasan,yang tak patut di cipta oleh para daie dan pendakwah masa kini,malu rasanya kalau imam syafei' tahu perihal hidup kita sebagai pencinta ilmu dan pengamal ilmu agama lalai dan sering kali mencipta alasan.Saya nak berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang bertapa pentingnya hidup ini saling ingat dan mengingati sesama kita ,moga tautan ukhwah terus berkekalan hingga akhirya.kita harus bersyukur kerana halaman blog ini mampu membantu kita dalam menyampaikan
kerja2 dakwah buat umat islam di seluruh dunia khususnya,

>>Jika kita renungi masa lampau imam2 muktabar seperti imam syafei misalnya banyak menghabiskan masa dengan menuntut ilimu dan mengajarkan ilmunya di waktu pagi dan petang,manakala diwaktu malamnya berjaga semalaman untuk mengarang kitab2 ilmu yang mana menjadi rujukan para ulama'2 dan pencinta ilmu masa kini,tentu kita tak pernah terfikir bilakah imam syafei ini berehat?Dan bilakah imam syafei ini berhibur bersama kluarga sperti kita?tentu sukar untuk mengupas dan menjawab persoalan2 ini jika kita tidak mengamati betul2 kisah hidup beliau,apa2 pun marilah kita merenung kembali diri kita , apakah sumbangan kita terhadap islam khususnya..berapa banyakkah wang ringgit yang pernah kita habiskan dan laburkan untuk islam?mampukah kita tadhiyah(berkorban) sperti umul mukminin khadijah isteri baginda S.A.W?Mampukah kita THABAT(KEKAL) dalam perjuangan dalam menegakkan panji2 islam se perti saiyidina umar dan para sahabat2 yang lain ?firman allah yang bermaksud"
sesunguhnya aku jadikan manusia diatas muka bumi ini adalh utk menjadi khalifah"khalifah apa sahabat2 sekalian..?tak lain tak bukan adalah untuk agama allah itu sendiri..tertarik dengan sebuah kitab yang di karang oleh AS SYAHID HASAN AL BANA yang banyak menceritakan tentang islam dalam pelbagai aspek antaranya ,islam adalah menyeluruh, mencakupi semua bidang hidup, Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.
>>buktinya,Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firmanAllah:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا آَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَآْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28),Jelas ayat ini di tujukan kepada seluruh umat manusia

>>Islam adalah negara, sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik beratkan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah Islam juga menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jamaah dengan
jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih suatu
sistem siasah yang didokong oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenali: dalam istilah feqah sebagai imam atau khalifah. Islam telah menerangkan asas bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap negara, demikian juga hak negara terhadap individu. Dalam zaman moden ini kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang perlembagaan dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu dari cabang undang undang.Begitulah seterusnya....

>>Sememangnya banyak lagi yang hendak di sampaikan disini sebenarnya,namun apa lah gunanya ilmu yang banyak tapi disana tak dapat nak diamalkan sepenuhnya,biarlah yang sedikit ini kita mampu untuk mempraktikan sedikit demi sedikit,sepertimana muqadimah sebuah kitab yang di karang oleh ulamaagung berbunyi"jika tidak mampu nak amalkan semua ,jaganlah tinggal semua"Wallahua'lam ... moga usaha murni untuk berkongsi maklumat dengan sahabat2 sekalian tercapai.adat seoarng daie yang inginkan "HIDUP PENUH DENGAN PERJUANGAN ,DAN MATI TERBILANG....."
Baca Selanjutnya...

Tuesday, July 14, 2009

Enam Persoalan Hidup

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa "setiap yang bernyawa pasti akan mati". (Ali Imran 185)

>>
Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid -muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu".Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akn kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

>>Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

>>Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?". Ada yang menjawap baja, besi, dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.

>>
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?". Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan Sholat. Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat.

>>
Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?".Muridmuridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

OLEH ITU MARILAH KITA SAMA2 MENGHAYATI KISAH INI ,SUPAYA ENAM PERSOALAN HIDUP KITA TERGOLONG DI DALAM GOLONGAN INSAN2 YANG DI SEBUT OLEH IMAM GHAZALI TADI...JAZAKALLAHU KHAIR...yang baik itu datang daripada allah S.W.T,yang lemah dan terkuarang itu daripada kelemahan kita....WALLAHU'alam..
Baca Selanjutnya...

Monday, July 13, 2009

TEKNIK MENCEGAH KEMUNGKARAN


عن أبي سعيد الخدري t قال: سمعت رسول الله e یقول: (( من رأى منكم منكرا فليغيره
بيده، فإن لم یستطع فبلسانه، فإن لم یستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإیمان )) رواه مسلم
Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim. Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman

>>
Sahabat2 yang di rahmati Allah sekalian mari kita merenung pengajaran hadith ini:-

(1) Menunaikan tanggungjawab dakwah iaitu menyeru kepada perkara ma'aruf dan mencegah kemungkaran adalah suatu kewajipan ke atas seorang mukmin yang tidak harus dipandang enteng, kerana kecelakaan akan menimpa seluruh umat sekiranya kemungkaran dibiarkan terus merebak.

(2) Barangsiapa yang melihat suatu kemungkaran berlaku di depan matanya, dan dia berkuasa mencegahnya sama ada dengan tangannya atau dengan lidahnya maka dia berkewajipan mencegah kemungkaran tersebut. Dia berdosa membiarkan kemungkaran tersebut berlalu tanpa sebarang tindakan atau percubaan mahu mencegahnya, kecuali kalau dia tidak mampu atau kerana dibimbangi akan membawa kemudharatan kepada dirinya apabila dia mencegah mungkar itu.
(3) Mencegah mungkar hanya dengan hati, iaitu dengan membencinya dan berazam mahu mencegahnya pada suatu masa nanti kalau dia mampu adalah tahap iman yang paling lemah


Baca Selanjutnya...

LELAKI PEMIMPIN WANITA

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: "Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita". Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan adalah diterajui oleh kaum lelaki; manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin. Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini sepanjang zaman. Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka." Tahukah antum bhawa perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga. Pengaruh barat yang menular ke negara Islam berjaya menyerapkan ideologi persamaan hak wanita-lelaki dan akhirnya diterima umum. Akibatnya konsep kepemimpinan lelaki terhakis. Kaum wanita yang dahulunya berperanan mentadbir anak-anak dan rumahtangga si-suami kini sudah mengabaikan tanggungjawab. Anak-anak sebaliknya dipelihara oleh orang gaji. >>Apabila ramai wanita sudah memandang tanggungjawab di rumah sebagai kolot dan tidak ekonomikal, maka institusi keluarga akan tercemar dan terjejas. Anak-anak kehilangan kasih-sayang ibu. Ibu hanya sempat melihat anak waktu petang atau malam. Ketika itu badannya sudah keletihan dan tidak berdaya untuk mengasuh anak lagi. SECARA tak langsung anak-anak membesar tanpa menerima kasih-sayang ibu. Apabila ibu tidak menyayangi anak, semasa dewasanya nanti, sudah tentu anak tidak akan mengasihi ibunya. Jadilah mereka anak yang kasar dari segi tutur-kata dan tingkahlaku.
>>Walaupun kesilapan ini seolah-olah berpunca daripada wanita tetapi sebenarnya adalah berpunca daripada lelaki yang tidak berjaya mentarbiah wanita yang diamanahkan kepadanya. Kegagalan mentarbiah anak dan isteri menyebabkan ramai anak-anak gadis keluar beramai-ramai memburu kerja di mana-mana saja. Kilang-kilang perindustrian yang menawarkan insentif dan gaji lumayan menjadi alternatif utama berbanding profesion perguruan dan perkeranian. Bahkan ramai juga wanita yang menjadi doktor, jurutera, polis, askar dan sebagainya. Kuantiti wanita yang ramai bekerja menyebabkan berlakunya satu kekosongan yang ketara di dalam institusi keluarga. (BUKAN NAK MENENTANG ,TAPI SEKADAR BERKONGSI PANDANGAN.HARAP KITA BOLEH APLIKASI KONSEP ADABU IKHTILAF)
>>Keadaan ini dikusukkan lagi dengan sikap pelajar lelaki yang tidak secemerlang pelajar perempuan. Kecemerlangan pelajar perempuan di dalam peperiksaan awam berbanding pelajar lelaki menjadi satu faktor ramainya wanita melibatkan diri di dalam pasaran tenaga kerja. Penglibatan wanita yang ramai di dalam sektor pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran di kalangan kaum lelaki. Mereka akhirnya terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Wanita bekerja terutama yang berpendapatan tinggi bertambah ramai yang hidup membujang. Pemuda yang menganggur sukar mencari wang untuk berkahwin. Akhirnya berlakulah pelbagai gejala keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi.
>>Walaupun banyak faktor dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak yang berlaku sekarang, namun faktor yang jelas ialah kurang berkesannya peranan yang dimainkan oleh kaum lelaki sebagai ketua yang memimpin ahli-ahli keluarganya. Sebagai penutup ,marilah kita kembali kepada dasar Islam untuk mengembalikan martabat lelaki sebagai ketua yang diamanahkan untuk memimpin ahli-ahli keluarga dan kaum wanita amnya. Harap kita dapat bertindak mengikut kesesuaian....kalau tak memerlukan kewujudan wanita dalam sektor pekerjaan so tak payahalah ye,,,tp klu RASA PERLU TAFADHOL..Wallahualam.
Baca Selanjutnya...

Sunday, July 12, 2009

TAHUKAH ANDA MENANGIS DI BOLEHKAN DALAM ISLAM?

Kata ahli Hikmah,Dunia ini dimulai dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Menangis adakalanya dituntut oleh syariat. Abid yang menyintai Tuhan akan selalu menangis mengenangkan dosanya.Mereka memaksa diri menangis apabila mengenang nasib diri di hari akhirat dan membayangkan huru-hara pabila menjelang kiamat.Dalam hal ini menangis adalah dituntut. Setitis airmata yang jatuh kerana takutkan Allah akan dapat memadamkan api neraka di hari akhirat kelak. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda bahawa air mata dari tangisan pembuat dosa yang bertaubat adalah lebih disukai Allah dari tasbih para wali.Rasulullah s.a.w juga ada bersabda: "Kejahatan yang dibuat lalu menimbulkan rasa sedih adalah lebih baik dari kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.
"Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w
berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui
sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis."
Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak. Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup. Menangis dan menangislah tapi biarlah kena pada tempatnya yang dibolehkan oleh agama. Apa akan jadi jika kita gagal diakhirat? Inilah sebenarnya kegagalan yang total...jadi kalau perkara ini yang kita tangiskan, memang kenalah pada tempatnya.
Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).
Baca Selanjutnya...

MY DEKS


MEJA
Disinilah tempat pena maya menukilkan apa saja yang terdetik didalam hati untuk di kongsikan bersama sahabat-sahabat sperjuangan.Menulis sambil berdakawah ,berkongsi ilmu dan pendapat.

Baca Selanjutnya...

JEJAK SYURGA ATAU JEJAK NERAKA.. . KE MANA ANDA SEKARANG?

Kita sekarang dihidupkan oleh Allah, di bumi Allah dan di dalam zaman yang Allah tentukan. Selepas itu kita akan dikembalikan, sama ada disedari atau tidak ke salah satu daripada dua negeri yang kekal abadi iaitu syurga atau neraka. Sekarang kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka. Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini. Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Terpulang kepada kita hendak mengikuti jejak syurga atau jejak neraka... Pilih dan ikutlah jalan ke syurga sebagaimana yang disenaraikan di bawah:
· beramal semasa muda lagi
· bertolong-tolongan kerana Allah
· jauhi diri dan keluarga dari zina
· mendidik anak kewajipan beragama
· mendirikan solat wajib dan sunat
· bertahajjud di tengah malam
· menangis dan menginsafi diri kerana takut akan ALlah
· bersedekah, menderma dan berwakaf secara senyap
· berpaut hati pada masjid
· sentiasa belajar hal-ehwal agama
· sembahyang berjemaah
· selalu berada di tempat pengajian agama
· menziarahi orang sakit
· mengiringi mayat hingga ke kubur
· mengadakan khenduri cara Islam
· mendamaikan pergaduhan
· menolong anak yatim dan miskin
· dan lain-lain perkara kebajikan
Pada masa yang sama hindarilah jejak neraka yang disenaraikan di bawah:
· tidak mengajar anak hal-hal keagamaan
· kaya tapi bakhil
· menipu
· mengambil arak, dadah dan yang memabukkan
· mengadakan majlis maksiat
· berzina
· memakan harta anak yatim
· meringankan sembahyang
· tidak mengeluarkan zakat
· panjang angan-angan dan tak mahu bertaubat
· meninggalkan sembahyang
· durhaka kepada ibu bapa
· berbuat fitnah
· suami dayus (membebaskan isteri)
· ibu bapa dayus (membebaskan anak)
· makan harta haram
· berbohong dan berdusta
· menggunakan sihir
· dengki dan khianat
Sementara kita diberi peluang oleh Allah untuk memilih jalan yang menentukan nasib
kita pada masa hadapan, marilah sama-sama kita saling bantu-membantu menegakkan
amar makruf dan nahi mungkar yang dewasa ini sudah kurang berfungsi dan tidak
diberi keutamaan lagi.
Sekian, wassalam. Baca Selanjutnya...