Assalamualaikum...Cepat betul masa berlalu hampir tiga hari tak dapat mencoret sesuatu dalam halaman blog ini,apatah lagi kalau nak berkongsi maklumat dan input ilmiah dengan sahabat2 sekalian,amatlah jauh rasanya.Salah tetap bersalah ,munkin kalau di tanya orang kenapa sampai tak sempat nak post entry ilmiah kebelakangan ni?JAWAPANnya mesti pelbagai,munkin ada di anatara jawapan berbunyi ,"sibuk dengan tugas" "sibuk dengan kawan2""sibuk dengan jemaah""sibuk itulah inilah" ermm apa2 pun itu hanyalah alasan,yang tak patut di cipta oleh para daie dan pendakwah masa kini,malu rasanya kalau imam syafei' tahu perihal hidup kita sebagai pencinta ilmu dan pengamal ilmu agama lalai dan sering kali mencipta alasan.Saya nak berkongsi dengan sahabat2 sekalian tentang bertapa pentingnya hidup ini saling ingat dan mengingati sesama kita ,moga tautan ukhwah terus berkekalan hingga akhirya.kita harus bersyukur kerana halaman blog ini mampu membantu kita dalam menyampaikan
kerja2 dakwah buat umat islam di seluruh dunia khususnya,
>>Jika kita renungi masa lampau imam2 muktabar seperti imam syafei misalnya banyak menghabiskan masa dengan menuntut ilimu dan mengajarkan ilmunya di waktu pagi dan petang,manakala diwaktu malamnya berjaga semalaman untuk mengarang kitab2 ilmu yang mana menjadi rujukan para ulama'2 dan pencinta ilmu masa kini,tentu kita tak pernah terfikir bilakah imam syafei ini berehat?Dan bilakah imam syafei ini berhibur bersama kluarga sperti kita?tentu sukar untuk mengupas dan menjawab persoalan2 ini jika kita tidak mengamati betul2 kisah hidup beliau,apa2 pun marilah kita merenung kembali diri kita , apakah sumbangan kita terhadap islam khususnya..berapa banyakkah wang ringgit yang pernah kita habiskan dan laburkan untuk islam?mampukah kita tadhiyah(berkorban) sperti umul mukminin khadijah isteri baginda S.A.W?Mampukah kita THABAT(KEKAL) dalam perjuangan dalam menegakkan panji2 islam se perti saiyidina umar dan para sahabat2 yang lain ?firman allah yang bermaksud"sesunguhnya aku jadikan manusia diatas muka bumi ini adalh utk menjadi khalifah"khalifah apa sahabat2 sekalian..?tak lain tak bukan adalah untuk agama allah itu sendiri..tertarik dengan sebuah kitab yang di karang oleh AS SYAHID HASAN AL BANA yang banyak menceritakan tentang islam dalam pelbagai aspek antaranya ,islam adalah menyeluruh, mencakupi semua bidang hidup, Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan
kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah.
>>buktinya,Islam adalah agama Allah yang kekal, bersifat umum dan menyeluruh kerana Islam diturunkan untuk semua manusia, ini jelas dibuktikan oleh firmanAllah:
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا آَافَّةً لِّلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَآْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
“Dan kami tidak mengutuskan kamu melainkan kepada ummat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi ingat”. (S 34: 28),Jelas ayat ini di tujukan kepada seluruh umat manusia
>>Islam adalah negara, sebagaimana yang diterangkan oleh Mursyid adalah bermaksud bahawa Islam telah menyentuh hukum-hukum yang menitik beratkan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan manusia dengan Allah sahaja, malah Islam juga menyusun hubungan antara sesama manusia, hubungan individu dengan jamaah, hubungan jamaah dengan
jamaah yang lain. Jamaah ini pula memilih suatu sistem siasah yang didokong oleh negara, manakala negara pula mempunyai seorang ketua yang dikenali: dalam istilah feqah sebagai imam atau khalifah. Islam telah menerangkan asas bagi sebuah negara, cara memilih khalifah, menerangkan hak individu terhadap negara, demikian juga hak negara terhadap individu. Dalam zaman moden ini kajian dan perbincangan yang lengkap dalam persoalan negara dan hubungannya dengan individu adalah dibincangkan dalam undang-undang perlembagaan dan undang-undang perlembagaan adalah merupakan salah satu dari cabang undang undang.Begitulah seterusnya....
>>Sememangnya banyak lagi yang hendak di sampaikan disini sebenarnya,namun apa lah gunanya ilmu yang banyak tapi disana tak dapat nak diamalkan sepenuhnya,biarlah yang sedikit ini kita mampu untuk mempraktikan sedikit demi sedikit,sepertimana muqadimah sebuah kitab yang di karang oleh ulamaagung berbunyi"jika tidak mampu nak amalkan semua ,jaganlah tinggal semua"Wallahua'lam ... moga usaha murni untuk berkongsi maklumat dengan sahabat2 sekalian tercapai.adat seoarng daie yang inginkan "HIDUP PENUH DENGAN PERJUANGAN ,DAN MATI TERBILANG....."
“KONFLIK DUNIA BERTERUSAN CETUS PANDEMIK PELARIAN”
-
Satu peratus penduduk dunia kini terdiri daripada pelarian, pencari suaka
atau pelarian dalaman di negara sendiri (*IDPs*). Sebahagian mereka mungkin
perna...
No comments:
Post a Comment