.::THE STRUGGLE AND INTIFADHA' WAITS FOR NO MAN; AS WE ARE THE GENERATION THAT SEARCHED, TRIED AND APPRECIATES WHAT COMES IN LIFE FOR BEING TRUE MUSLIM::.
Photobucket

Friday, July 10, 2009

EPILOG PERMUSAFIRAN

PING2....PINGGgg..Adeh bisingnya,dimanakah aku?Hati kecil terdetik,adakah aku berada di mumbai INDIA?atau di negara jiran jakarta....?assalamulaikum akhi...(suara daripada belakang menyapa),lantas aku berpaling satu senyuman dilemparkan tanpa minta di balas.wah!!begitu murah senyuman mu,pasti siapa yang melihat pasti tertawan...tanpa melengah masa aku pun menjawab salam tersebut,..AHLAN WASAHLAN BIK..Itulah ucapan yang pertama aku dengar dari salah seorang ustaz yang menyambut ketibaan kami di MATHOR(Airport cairo).
>>Sedar tak sedar aku telah pun berada di bumi yang penuh barokah,bumi yang di gelar ardul kinanah,bumi yang menyimpan 1001 kisah silam ,bumi yang banyak menghasilkan ulama'2 agung,terkenal di seluruh pelusuk dunia,bumi yang menyimpan berjuta2 khazanah ilmu,bumi yang mana AL QURAN dibaca kan disini,bumi yang merakamkan dakwah para nabi berjuang dalam menegakkan islam.Nabi YUSOF,MUSA,HARUN,insan2 yang banyak berbakti dalam menaikan martabat islam.ketika sang firaun GILA bermaharaja lela,SUNGAI NIL yang tak pernah2 putus alirannya menjadi saksi bertapa hebat nya nabi2 mu ya allah memperjuangkan agama suci ini ,menara piramid di dirikan ,berjuta2 hamba yang berdosa dan tidak berdosa mempetaruhkan nyawa demi memuaskan nafsu sang si firaun ini ,tak kusangka bumi yang telah menyimpan sebuah pusat ilmu ,kiblat ilmu oleh para pecintanya,sebuah universiti yang tertua dan teragung di seluruh dunia...bumi inikah yang dulu di sebut2 oleh ulama' bijak pandai,hati kecil masih tertanya2 ..benarkah ini buminya,YA ALLAH ,macam mana aku boleh sampai ke sini...?bumi apakah ini...?kenapa tak sama macam tempatku?ya allah ,,benarkah apa yang telah berlaku ini 12/10/2005, kaki yang tak pernah terlepas dari melakukan dosa ini telah berpijak di bumi ini..berkali2 aku menghentakkan kaki,sehingga sakit.ya!! benar ,aku sedang berpijak dibumi yang nyata...Inilah bumi mesir.

"Jauh termenung"...AKU di tegur oleh seorang rakan,"teringat orang kampung ke?"aku tersenyum,"eh tak lah ,saja melihat kawasan persekitaran ini,so mcm ner perasaan dah sampai kat sni?"rakanku bertnya,seoalah2 ini mencuri perasaanku"alhamdulilah ok je,juz terkejut,tempat ni amat berbeza sikit." dalam hati kecil ini masih bermain2 perasaan ,hari ini baru sampai ,pengajianku disini msh jauh,masih banyak permata dan mutiara harus ku gali disini,mampu kah aku mengorak langkah kehadapan?,inilah antara perasaan2 yang selalu bermain difikiran,dipendekkan cerita,sesi pengajian telah bermula,kehidupan disini amat mendidik jiwa,banyak keistimewaan di perolehi,tp bukan keistimewaan pengangkutan mewah,dan bukan juga X-pad perkhidmatan komunikasi selaku pelajar yang boleh menikmati potogan harga,SMS kadar panggilan yang terendah bagi mahasiswa,juga bukan keselesaan,tapi keistimewaan berpeluang berhadapan dengan syiekh2 agung,para ulama yang hebat ilmunya.berpeluang menziarahi makam2 aulia' seperti nabi danial.nabi harun,ulama'2 muktabar dan lain2 ,alhamdulilah bertuahnya hidup ini..

Hari bersilih ganti,musim juga turut berubah2..sejuk ,panas,terlalu sejuk ,amatlah panas,inilah musim2 yang telah ku lalui,bertapa hebatNya
PENCIPTA,suka duka,di selangi sepanjang kehidupan disini,msih terkenang sewaktu 10 hari akan mengadapi peperiksaan musim pertama,aku dikejutkan dengan pemergian bapaku,YA ALLAH inikah yang dinamakan ujian?kau menguji tanpa aku bersedia..sudah menjadi adat dalam perjuangan,tak lengkap erti perjuangan jika tanpa di uji..hati semakin tabah..SEDAR tak sedar kini sudah 4 tahun aku berada di sini...hebat sungguh perancanganmu YA ALLAH,tadi 3 orang rakan se negeriku telah berangkat pulang ,tak lama lagi aku juga akan turut mengikut langkah mereka,wah , bertapa cepat masa berlalu,Seakan-akan baru semalam tiba disini.Syukur alhamdulilah dapat juga aku menghabiskan pengajian disini,hati tak sabar2 nak pulang ke tanah air,namun di sna hati kecil masih sayangkan mesir,bumi yang banyak aku terhutang budi padanya...kesibukan yang melanda dunia pengajian ,membuatKAN aku tidak menyedari ,rupanya aku sedang berada di sebuah EPILOG PERMUSAFIRAN....

No comments: