.::THE STRUGGLE AND INTIFADHA' WAITS FOR NO MAN; AS WE ARE THE GENERATION THAT SEARCHED, TRIED AND APPRECIATES WHAT COMES IN LIFE FOR BEING TRUE MUSLIM::.
Photobucket

Saturday, September 12, 2009

PEMBAYARAAN ZAKAT SECARA SMS

Masyarakat Islam Malaysia kini boleh membayar zakat fitrah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS), yang pertama seumpamanya di negara ini. Inisiatif ini dilaksana oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) hasil kerjasama dengan Celcom.

Kemudahan ini hanya terbuka kepada pelanggan pra bayar dan pasca bayar Celcom sahaja dan ianya percuma iaitu tiada sebarang caj bagi setiap sms yang dihantar dan diterima.

Pembayaran zakat fitrah menerusi sistem ini telah mendapat kelulusan daripada Majlis Fatwa Negeri Selangor. Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan Celcom hanya perlu menaip ‘fitrah selangor’ dan hantar ke 21999 diikuti arahan seterusnya.

Majlis pelancarannya disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah, sempena majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini. Pada majlis yang sama seramai 100 orang fakir miskin turut menerima bantuan hari raya daripada LZS.

No comments: