Soalan:-
Apa itu fidyah? bagaimana untuk kita laksnakan fidyah?
Fidyah
1. Bagi Siapa Fidyah itu ?
Bagi ibu hamil dan menyusui jika dikhawatirkan keadaan keduanya, maka diperbolehkan berbuka dan memberi makan setiap harinya (yang ditinggalkan, red) seorang miskin, dalilnya adalah firman Allah Subhanahu wa Ta'ala ( ertinya) “Dan orang-orang yang tidak mampu berpuasa, hendaknya membayar fidyah, dengan memberi makan seorang miskin”. (QS Al Baqarah 184).
Fidyah puasa itu memberi sedekah dalam kadar satu cupak makanan asasi penduduk sesebuah negara samada daripada beras, gandum atau seumpamanya.CONTOH kita ambil di Selangor kadar timbangan satu cupak itu ialah 900 gram bersamaan dengan RM 1.10.
Mereka yang diwajibka membayar fidyah puasa ialah :
i. Orang sakit yang tidak akan harapan untuk sembuh penyakitnya.
ii. Orang tua yang tidak beruapaya atu menemui kesukaran untuk berpuasa dengan sebab tuanya.
Bagi mereka yang tersebut di atas yang tidak berupaya untuk berpuasa, maka diwajibkan bagi mereka memberi makan seorang miskin untuk setiap hari yang ditinggalkan puasa dengan satu cupak atau nilai yang bersaan dengannya.
Firman Allah s.w.t.:
|
Maksud:……….Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa ( kerana tua dan sebagainya )membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. ( Al-Baqarah:184 ) |
Oleh itu bagi muslimin dan muslimat pastikan diri anda sudah menyelesaikan masalh ini.jangan tanguh2 membayar jika tiada sebab.Bagi ibu bapa pulak tolong ambil perhatian pada anak2 yg tergolong dlm golongan yg masih terikat dengan fidyah...so seblum berkahirnya sya'ban dan masuk ramdhan ,maka buatlah semakkan pada diri kita,kwn2 dan masyarakat sekeliling kita...
MOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA....
No comments:
Post a Comment